Jumaat, 3 Mei 2013

Jumaat, Mei 03, 2013
Syamsul Yusof Balas Kritikan Ammar Alfian | Akhirnya Syamsul Yusof membuka juga mulutnya bersuara didalam isu yang membabitkan beliau dan Ammar Alfian, namun jauh berbeza, Syamsul tampil dengan cara yang lebih baik dan beradab menerusi satu warkah kirimannya.

Syamsul Yusof Balas Kritikan Ammar Alfian



Assalamualaikum buat semua pembaca, moga kalian sihat dan dirahmati Allah.
Sewaktu aku sedang asyik menyiapkan kerja2 ku tiba2 aku mendapat panggilan dari seorang sahabat yg memberitahu ada seorang hamba Allah telah mengaitkan namaku juga keluarga ku dlm masalah dirinya. Lalu aku terpaksa mencuri sedikit masa utk mengetahui apakah yang sedang hangat diperkatakan itu.

Selepas segalanya aku baca dan renungi…Apa yang ku boleh katakan aku agak terkejut dan hairan. Mengapa dia melibatkan aku dlm masalah peribadinya? Dengan begitu bangga menghina aku, keluargaku juga beberapa pihak yg lain di laman twittermu?

MasyaAllah kawanku, janganlah kamu terlalu megikut rasa nafsu dihati sehingga mengaku sendiri keburukan diri dan sedarkah kamu, kamu bukan saja telah menghina org lain dengan kata2 kotormu itu malah kamu sndiri tanpa sedar telah memalukan keluargamu, juga terus-terusan menunjukkan keburukan dirimu pada umum. Sedarkah kamu kawanku?

Dalam hidup yg singkat ini aku berpegang pada Agama dan prinsip. Aku memilih untuk tidak memanjangkan hal ini dgn perbalahan tanpa kesabaran kerana kesabaran itu adalah senjata setiap muslim. Tiada kematangan/kebaikan dalam isu ini.

Jadi aku maafkan kamu atas segala tuduhan dan hinaan mu padaku juga keluargaku. Aku maafkan kamu kwn.

Aku sedih melihat kita berbalah, memfitnah dalam dunia maya. Kita hidup tidak lama.. Mengapa perlu ditambah ‘bekalan yang tidak sepatutnya’ untuk dibawa ke ‘sana’..

Apabila ada dua orang yang saling mencaci-maki, maka cacian yang diucapkan oleh keduanya itu, dosanya akan ditanggung oleh orang yang memulai cacian selama orang yang dizhalimi itu tidak melampaui batas.” #sabda Rasulullah.

Akhir kata, Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca kenyataan/luahan ku ini.
Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof


Artikel Menarik




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.