Jumaat, 10 Mei 2013

Jumaat, Mei 10, 2013
1
Terkini - Siswa Himpun Dan Bawa Keranda Depan SPR Putrajaya | Menerusi Malaysiakini, ketika ini dikatakan beberapa Mahasiswa SSM sedang berdemo didepan pejabat SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) Putrajaya sambil membawa keranda dan menuntut ketua SPR letak jawatan.

Terkini - Siswa Himpun Dan Bawa Keranda Depan SPR Putrajaya

Perhimpunan mahasiswa itu yang bermula pada jam 2.30 petang itu dihadiri kira-kira 50 orang yang diketuai oleh Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang.

Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard.

Sambil membawa dua buah replika keranda bewarna hitam dengan tulisan SPR serta sepanduk bertulis "PRU 13 adalah yang paling kotor" mereka turut melaungkan "Tukar SPR" dan "Anak muda mahukan keadilan". 
Terkini - Siswa Himpun Dan Bawa Keranda Depan SPR Putrajaya | Menerusi Malaysiakini, ketika ini dikatakan beberapa Mahasiswa SSM sedang berdemo didepan pejabat SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) Putrajaya sambil membawa keranda dan menuntut ketua SPR letak jawatan.

Turut kelihatan juga ialah kira-kira 10 orang anggota polis di sekitar kawasan perhimpunan itu bagi mengawal keselamatan.

Dalam pada itu, ketika memberi ucapan selepas memorandum diserahkan kepada pegawai perhubungan awam SPR, Safwan berkata, pihaknya memberi masa selama tujuh hari untuk pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberikan respon terhadap tuntutan mereka.



Artikel Menarik



sumber
http://www.malaysiakini.com/news/229769


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.