Sabtu, 11 Mei 2013

Sabtu, Mei 11, 2013

Tiada Pilihan, Kesal Di Bantu Agensi Agama Lain |  Seorang pekerja buruh membaiki rumah, di Kampung Pondok Labu Keladi, berharap ada pihak sudi membantu  menampung kos rawatan pemulihan setelah kaki kanannya tercedera ketika sedang bekerja, kira-kira lapan tahun lalu.

Tiada Pilihan, Kesal Di Bantu Agensi Agama Lain

Md Rodzi Othman, 48, berkata, dia sudah meminta bantuan daripada pelbagai agensi termasuk, pejabat agama Islam, pusat zakat dan baitulmal bagaimanapun dimaklumkan permasalahan dihadapinya tidak dapat dibantu.

"Saya juga ada pergi berjumpa ahli politik bagaimanapun kehadiran saya itu tidak diendahkan sama sekali.

"Bagaimanapun, baru-baru ini satu persatuan penganut agama bukan Islam di Bukit Mertajam datang berjumpa saya. Mereka meminta saya mengisi borang selain membuat salinan terhadap kad pengenalan saya.

"Saya tidak ada pilihan kerana mereka ingin membantu. Apa yang terbuku di hati saya, sebagai seorang Islam mengapa saya harus dibantu oleh persatuan agama lain,” katanya.

Sebelum ini, menurutnya kejadian malang menimpanya itu berlaku pada 25 Mei 2005 kira-kira jam 1 tengah hari ketika sedang membaiki rumah di Pondok Labu, dia tergelincir dalam keadaan tangannya berpaut pada kereta sorong berisi simen di dalamnya.

Difahamkan kerana bebanan berat, kereta sorong itu kemudiannya menghempap paha kanannya sehingga dia dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan memasukkan keluli bagi menggantikan tulang pahanya yang patah.

Sejak kejadian itu, Rodzi tidak dapat berjalan seperti biasa kemudiannya tinggal di surau Hospital Kulim bagaimanapun diarahkan berpindah kerana tempat itu digunakan untuk bersolat oleh pelawat.

Atas belas ihsan pekerja hospital, dia kemudian tinggal di rumah bujang di Taman Mutiara beberapa bulan sebelum berpindah ke rumahnya di Kampung Pondok Labu Keladi.

Rodzi berkata, walaupun tidak mempunyai bekalan elektrik dan air, dia yang belum berkahwin terpaksa tinggal di rumah peninggalan keluarganya itu kerana sudah tidak ada tempat lain untuk menumpang.

Menurutnya, dia yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) ada mendapat bantuan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara hidup bagaimanapun bantuan itu berakhir pada Jun ini.

Rodzi berharap ada pihak membantunya menampung kos diperlukannya untuk rawatan saraf kakinya sekitar RM30,000 supaya dia dapat berjalan seperti biasa berikutan hingga kini terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda.

Individu atau pihak berkenaan yang berhasrat meringankan beban Rodzi boleh berbuat demikian dengan menderma ke akaun Agro Bank, nombor akaun 1-00-7511-00008326-7 atau menghubunginya di talian 017-4516283.


Artikel Menarik


sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/mengapa-saya-dibantu-persatuan-agama-lain-1.159140


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.