Sabtu, 18 Mei 2013

Sabtu, Mei 18, 2013

Ustaz Kazim Elias Berhenti Ceramah, Dapat Ugutan Bunuh | Malang bagi umat Islam seluruh Malaysia apabila seorang ustaz terpaksa membuat keputusan begini. Entah siapa menjadi dalangnya sehingga Ustaz Kazim Elias mengumumkan persaraannya dari berceramah.

Ustaz Kazim Elias Berhenti Ceramah, Dapat Ugutan Bunuh

Sebelum ini menerusi akaun facebooknya, Ustaz Kazim Elias pernah mendedahkan beliau pernah disantau kerana ada manusia yang tidak suka dengan ceramahnya, alhamdulillah beliau sembuh. Tetapi kali ini nampaknya beliau terpaksa mengalah. Menurut Ustaz Kazim,

“Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.


Kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.

Selain itu, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.

Artikel Menarik


sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Henticeramahkecewadifitnah//Article


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.