Selasa, 7 Mei 2013

Selasa, Mei 07, 2013
Walaupun Belum Cerai, Noniswara Akui Pernah Di Risik | Wah, dasyat juga Noniswara ni, mana taknya sedang beliau bergelut dengan masaalah rumahtangganya, Noniswara akui yang dirinya telah dirisik beberapa orang.

Walaupun Belum Cerai, Noniswara Akui Pernah Di Risik

Menurut Noniswara, "Saya fikir mereka yang cuba merisik itu masih belum jelas dengan status saya, sebab itu mereka meluahkan hasrat. Mereka ada merisik walaupun sebenarnya saya masih lagi berstatuskan isteri orang.

Namun bagi Noniswara, pengalaman kali kedua ini cukup perit untuk diri beliau, dan hingga kesaat ini beliau masih belum berfikir untuk mencari pengganti.


"Memang saya serik, tetapi sampai bila rasa serik itu, saya juga tidak tahu. Namun buat masa ini fokus saya hanya untuk memberi tumpuan buat anak-anak dan kerjaya sebagai pelakon sahaja," kata Nonis yang mahu menjadikan bidang lakonan sebagai punca rezeki tetapnya selepas ini.

Ketika ditanya wartawan tentang masaalah rumahtangganya dan kemungkinan kaitan dengan orang ketiga,

"Sebagai isteri (bekas) tentu saya tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga kami. Tetapi saya tidak akan sentuh lagi soal orang ketiga, kerana yakin ia tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada kami," katanya.

Monis Wara Baharudin, atau lebih dikenali sebagai Noniswara, 43, mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2009, bersama Datuk Rosman Ridzwan.


"Sudah hampir empat ke lima bulan kami tidak berhubung. Secara jujurnya saya berasakan dia (Rosman) sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab kerana membiarkan saya begini.

"Dia pernah menghantar SMS kepada saya yang memberitahu dia akan menjemput saya, tanpa hujung pangkal saya langsung tidak faham apa yang cuba disampaikan. Pernah saya menelefon dan menghantar SMS kepadanya namun tidak dibalas pula," katanya.

Berterus terang, tiada lagi sinar bahagia di antara dia dan Rosman, harapan Nonis agar perkara ini cepat selesai dan mereka berdua mampu memacu kehidupan baru kelak.

"Bagi saya tiada lagi peluang untuk kami. Cukuplah, biar semuanya selesai dan saya boleh kembali fokus untuk perkara lain," katanya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah drama bersiri baru-baru ini.


Artikel Menarik





sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130506/hi_01/Belum-janda-Nonis-sudah-dirisik#ixzz2SZ9wVGtq
oleh  Aida Rizmariza Kamaruddin




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.