Jumaat, 3 Mei 2013

Jumaat, Mei 03, 2013
Zain Saidin Mohon Maaf Terbuka Menerusi MeleTOP | Kontroversi yang melanda Zain Saidin kini dianggap selesai apabila beliau memohon maaf secara terbuka setelah dipertemukan dengan Chef Adu, Chef Jo dan Chef Zubir didalam rancangan meleTOP.

Zain Saidin Mohon Maaf Terbuka Menerusi MeleTOP

Isu Zain di Masterchef Selebriti tersebar secara luas di media massa, facebook, blogger diatas kelantangan Zain yang mempertikaikan isu panas sewaktu program tersebut sehingga mempertikaikan rasa hilang hormat dengan juri yang jauh lebih tua dari Zain.


Disebabkan itu, pihak meleTOP telah mengundang kedua-dua pihak iaitu Zain dan para “Guru” di Masterchef iaitu Chef Jo, Chef Zubir dan juga Chef Adu. Kedua-dua pihak diberi peluang untuk bersemuka kembali selepas kes itu berlaku. Maka tidak benarlah seloroh Zain iaitu “Jika tidak diberi peluang, tunggu rayalah baru minta maaf”.

Zain dilihat mengunakan kesempatan itu untuk meminta maaf secara terbuka terhadap para guru di Master Chef Selebriti 2 ini. Para “guru” di Masterchef juga menerima maaf yang diterima daripada Zain disebabkan mereka menganggap Zain sebagai anak sendiri dan apa yang dilakukan mereka adalah untuk memberi tunjuk ajar sebagai bapa.

Apapun perkara ini telahpun selesai, diharap tiada lagi isu berbangkit berkenaan Zain Saidin di Masterchef Selebriti 2.



Artikel Menarik



sumber
http://aiskosong.com/akhirnya-zain-membuat-permohonan-maaf-secara-terbuka-menerusi-meletop/



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.