Jumaat, 21 Jun 2013

Jumaat, Jun 21, 2013
Abang Redzwani Sahkan Pertunangan Shah Jaszle Dan Adiknya Putus | Akhirnya sah kini desas desus tentang pertunangan Shah Jaszle dan Redzwani putus seperti yang dihebohkan sebelum ini. Redzwan Najib, abang kepada Redzwani mengesahkan pertunangan Redzwani dan Shah Jaszle putus pada 10 Jun lepas.

Abang Redzwani Sahkan Pertunangan Shah Jaszle Dan Adiknya Putus


Pengesahan ini dibuat sendiri oleh Redzwan Najib ketika ditemubual wartawan Berita Harian semalam.

"Saya mewakili kedua-dua ibu bapa mengesahkan pertunangan Puteri dengan pelakon itu telah diputuskan 10 Jun lalu. Pertemuan itu hanya membabitkan ibu bapa saya dengan keluarga Shahz. Pada malam berkenaan, keluarga saya telah memulangkan dua bentuk cincin. 

Keluarga mereka ada merayu kepada kedua ibu bapa saya supaya menangguhkan hasrat itu sehingga kes mahkamah selesai, tetapi bapa tidak mahu mempunyai sebarang ikatan dengan pelakon itu lagi."

Tambah Najib lagi, bapanya telah ke pejabat JAIS dan membaca kenyataan Shahz berhubung penangkapan tersebut. Najib turut ada semasa Shahz bersemuka dengan Farah di tempat kerja Farah, dan memberitahu yang Shahz ada merayu kepadanya agar kisah putus tunang beliau dan Puteri tidak dihebahkan kepada media.

Beliau menambah, sebarang usaha untuk memulihkan hubungan adiknya dan Shahz tidak akan terjadi kerana keluarga Redzwani bersepakat bahawa mereka tidak mahu hubungan tersebut terjalin semula.


Menurut Najib lagi, dia ada bertanya pada Redzwani tentang status Twitter adiknya itu yang membayangkan seolah-olah mereka masih bersama, dan Redzwani memberitahu bahawa status itu ditulis oleh Shahz yang menceroboh ke Twitternya kerana dia mengetahui kata laluan kepada akaun Twitter Redzwani.

Artikel Menarik
sumber
http://beautifulnara.com/pertunangan-sah-putus-hubungan-tidak-mungkin-dipulihkan-abang-redzwani-puteri/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.