AirAsia X Tawar Tambang Murah Jarak Jauh | AirAsia X, sekutu AirAsia Bhd, menawarkan tambang rendah bagi destinasi jarak jauh sempena meraikan dua anugerah yang dimenanginya di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax yang diadakan di Pameran Udara Paris baru-baru ini.
Menurut kenyataan syarikat tersebut, AirAsia X menawarkan tambang promosi serendah RM249 ke Korea Selatan (Busan, Seoul), RM269 ke China (Chengdu, Hangzhou, Beijing, Shanghai), Taiwan (Taipei), Jepun (Osaka, Tokyo), RM299 ke Australia (Perth, Sydney, Melbourne, Gold Coast) dan RM309 ke Nepal (Kathmandu).
Bagi pelanggan yang mahukan perjalanan yang lebih selesa lagi, kini boleh menikmati keselesaan kerusi flatbed premium daripada serendah RM699 dari Kuala Lumpur ke Korea (Busan, Seoul), China (Chengdu, Hangzhou, Beijing, Shanghai), Taiwan (Taipei), Australia (Perth, Sydney, Melbourne, Gold Coast), Nepal (Kathmandu) dan Jepun (Osaka, Tokyo).
Kempen promosi itu tersedia daripada RM339 dari Pulau Pinang ke Busan.Tambang promosi itu tersedia untuk tempahan dalam talian antara 24 Jun dan 30 Jun bagi perjalanan antara 19 Ogos dan 15 Dis, 2013.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani berkata syarikat penerbangan itu akan terus meningkatkan penawaran produk dan perkhidmatan dalam pesawat dalam menyediakan pengalaman terbang bertaraf dunia kepada pelanggannya.-Bernama.
tag - Air Asia
sumber
http://www.sinarharian.com.my/airasia-x-tawar-tambang-rendah-destinasi-jarak-jau-1.175157

Artikel Menarik
- Pelajar Maut Sempat Hantar Mesej Kepada Bapa
- Ustaz Azhar Idrus Pandu Ferarri F430
- Pelajar Malaysia Maut, Kenderaan Jatuh Gaung Di Jordan
- Achey Juara Program Bintang Mencari Bintang
- Awi Rafael Enggan Komen Kisah Putus Cinta
- Berakhirnya Hubungan Cinta Hanez Suraya Dan Awie Rafael
- Gambar Mesra Farah Nurizzati Salleh Bersama Shah Jaszle
- Gambar Perkahwinan DJ Ean Hitz FM Dan Zehan Marissa
- Video Wanita China Maut Di Langgar Troli
- Neelofa Tuntut Hutang Dari Shah Jaszle
- 30 Gambar Majlis Pernikahan Pierre Andre Dan Siti Nur Hidayah
- Video Kanak-Kanak Jatuh Dari Flet
http://www.sinarharian.com.my/airasia-x-tawar-tambang-rendah-destinasi-jarak-jau-1.175157
0 comments:
Catat Ulasan
Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.