Jumaat, 21 Jun 2013

Jumaat, Jun 21, 2013
Awal Dan Scha Bakal Tunai Umrah, Mahu Doa Dapat Anak | Buat pertama kalinya bagi pasangan Scha Al Yahya dan Awal Ashari semenjak tarikh pernikahan setahun lalu, mereka akan menunaikan umrah bersama pada minggu kedua atau minggu ketiga pada Ramadhan nanti.

Awal Dan Scha Bakal Tunai Umrah, Mahu Doa Dapat Anak

Menurut Scha, antara perkara pertama yang mereka akan lakukan apabila berada didepan Kaabah ialah berdoa agar dikurniakan cahayamata. Scha juga mengakui berasa berdebar, takut disamping teruja kerana belum pernah lagi ketanah suci itu. Di jangkakan, mereka akan berada disana selama 10 hari.

Tambah Scha lagi, mereka sudah mendaftar dengan sebuah agensi, tetapi Awal masih melihat beberapa lagi agensi. Dia memang cerewet dan kalau boleh dia mahukan agensi yang benar-benar bagus. Selain itu, keluarga sebelah Scha dan Awal juga dijangka akan menyertai mereka kesana.

Awal Dan Scha Bakal Tunai Umrah, Mahu Doa Dapat Anak

Ketika ditanya siapakah yang mencadangkan pemergian ke Mekah, jawab Scha, "Satu hari, saya tiba-tiba terdetik untuk mengerjakan umrah dan menyatakan hasrat tersebut kepada dia (Awal). Tanpa banyak soal, Awal bersetuju dan kami terus merancang untuk mengerjakannya bersama pada tahun ini.

"Saya dan Awal memang akan bangun sahur setiap hari. Tetapi kalau Awal ada aktiviti seni pada sebelah pagi, dia akan beritahu saya yang dia tidak mahu bangun sahur," Tambahnya lagi.

"Kalau untuk berbuka puasa, saya memang wajib ada ayam percik, air tebu dan popia basah. Awal pun sama cuma dia tidak makan nasi. Dia suka ratah lauk sahaja.

Kami doakan agar Scha dan Awal serta keluarga nanti selamat dalam perjalnanan dan semoga doa pasangan ini untuk memperolehi anak diberkati...Insyaallah.

Artikel Menarik
sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0620&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2WkKmYBJA







0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.