Bade Restu Cinta Sakinah Dengan Anaknya Shamiel | Bade Hj Azmi bukan sahaja sudah mengetahui mengenai hubungan cinta anak terunanya, Mohd Shamiel Equan dengan pelakon Sharifah Sakinah, malah pengarah tersebut juga mengakui beliau senang serta merestui hubungan mereka.
"Ya, saya tahu mengenai hubungan cinta Shamiel dengan Sakinah. Mereka pun baru sahaja bercinta. Sakinah ada berlakon dalam drama saya, Planet Kiara dan saya rasa sejak itulah agaknya mereka bercinta.
"Erma pernah cakap, Shamiel yang lebih mesra digelar Albab ni kalau bercinta, memang lupa daratan. Saya rasa, apa yang Erma cakap tu betul. Saya tengok Sakinah lebih matang daripada Albab," kata Bade Hj. Azmi.
Menurut Bade lagi, meskipun Shamiel atau lebih mesra dengan panggilan Albab merupakan anak angkat, namun Bade tetap prihatin terhadap anaknya itu dan berharap kedua-duanya tidak terlalu alpa dengan nikmat cinta yang mereka rasai sekarang ini hingga boleh menjejaskan disiplin diri sekaligus memberi kesan terhadap kerjaya masing-masing.
"Biarlah mereka lalui pengalaman bercinta mereka sendiri. Saya waktu muda-muda dulu pun bercinta. Harapnya percintaan mereka memberikan sesuatu yang positif dan memberi inspirasi untukkedua-dua mereka untuk lebih maju dalam hidup.
"Harap mereka jugadapat bekerja dengan lebih baik. Jangan pula kerana asyik bercinta, sampai menjejaskan disiplin masing-masing pula nanti," jelasnya lagi.
Biarpun, mengetahui mengenai kontroversi yang terpalit kepada Sakinah baru-baru ini, namun Bade tidak melihat sikap Sakinah tu sebagai satu hal yang negatif.
"Tiada sebab untuk saya tidak menerima Sakinah. Saya kenal dia dah lama, saya kenal kakak dia iaitu Sharifah Shahira. Kalau tentang hal video dia di Keek, itu adalah biasa.
"Lebih-lebih lagi orang yang berusia muda sepertinya. Saya dulu pun masa muda macam tu. Masing-masing ada cara tersendiri untuk mengekspresikan diri mereka. Sakinah ni kelakar orangnya.
"Malah saya pun tak tahulah kelebihan apa yang dia nampak pada Albab, sedangkan Albab tak ada apa-apa. Hanya seorang anak muda yang baru-baru nak belajar jadi jurukamera," luahnya lagi.
sumber
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=15040&c=1&s=1

Artikel Menarik
- Tahniah Ana Najia, Malaysia Harus Berbangga Denganmu
- Guru Sekolah Tampar Bapa Murid, Anak Trauma
- Amy Search Sakit Jantung, Masuk IJN?
- 7 Gambar, Kereta Pelancong Di Rempuh Kereta Api, 3 Cedera Seorang Terselamat
- Tahniah, Shiera Aiyob Selamat Lahirkan Bayi Lelaki
- Murid Mungkin Pekak Selepas Di Tampar Guru
- Seniman Tunggu Laporan Dari Ezany Ekoran Kes Bayaran Tertunggak
- Redzwani Dan Shah Jaszle Masih Bercinta
- TAHNIAH, Sah Pierre Andre Dan Nurhidayah Bakal Bernikah 23 Jun 2013
- Ibu Shah Jaszle Nafi Pertunangan Dah Di Batalkan
- Mayat Mangsa Terbenam Pada Kedalaman Tingkat 13
- Awal Dan Scha Bakal Tunai Umrah, Mahu Doa Dapat Anak
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=15040&c=1&s=1
0 comments:
Catat Ulasan
Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.