Ahad, 16 Jun 2013

Ahad, Jun 16, 2013
Bukan Dendam Pengganas Sulu | Pihak polis menafikan sekeras-kerasnya khabar angin mengatakan kematian seorang penyelia ladang di Felda Sahabat 10 di Lahad Datu yang berusia 27 tahun yang berasal dari semenanjung di Lahad Datu semalam mempunyai kaitan dengan dendam pengganas Sulu.

Bukan Dendam Pengganas Sulu

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsudin Mat, “Saya menafikan sekeras-kerasnya pembunuhan lelaki ini ada kaitan dengan dendam yang dibuat oleh kaum Sulu.”

Dalam kejadian itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai, Mohd Nor Azfar Noh, 27, berasal dari Kota Tinggi, Johor ditemui mati oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Fajering di atas jalan raya, kira-kira 1.5 kilometer daripada Balai Polis Cenderawasih.

Tambahnya lagi, daripada laporan tersebut, sepasukan anggota forensik daripada Balai Polis Cenderawasih bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, berdasarkan siasatan forensik mendapati kepala mangsa pecah dan terdapat kesan lubang di bahagian perut sebelah kanan.

“Kami percaya bahawa mangsa ditikam di perut dengan senjata tajam,” katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Harian.

Susulan kes tersebut, seorang lelaki yang berumur 39 tahun dipercayai suspek kes ini ditahan bagi membantu siasatan.

“Suspek dipercayai orang terakhir bersama mangsa kerana suspek dipercayai datang ke rumah suspek di Felda Sahabat 42 untuk mengajak suspek keluar ke kedai untuk minum.

“Selain itu, terdapat kesan darah di bawah kenderaan suspek dan pihak polis merampas kenderaan milik suspek,” katanya.

Shamsudin berkata, mayat mangsa sudah dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Katanya, pihak polis masih lagi menyiasat motif kes ini dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/nafi-dendam-sulu-1.171910


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.