Selasa, 18 Jun 2013

Selasa, Jun 18, 2013
Dia Perempuan Psiko, Sengaja Mahu Putuskan Petunangan Saya - Shah Jaszle – Pada hari minggu yang lalu di rancangan Melodi, seorang gadis telah tampil dan mendedahkan dirinya adalah pasangan khalwat kepada aktor, Shahz Jaszle. Shahz Jaszle telah ditangkap khalwat oleh jabatan agama beberapa minggu yang lepas.

“Saya rasa dia psiko. Dia sengaja mahu memutuskan hubungan saya dengan tunang, Redzwani Puteri. Sebelum kes khalwat terjadi, dia ada berjumpa dengan tunang saya bertujuan untuk memberitahu kononnya saya dan dia mempunyai hubungan namun tunang saya tidak melayan dia malah tidak melatah.
Shah Jaszle
Melalui laporan dari akhbar Berita Harian hari ini, menyatakan komen balas dari Shahz Jaszle berkenaan pendedahan wanita tersebut. Meskipun tiada nama yang disebut oleh wanita berkenaan.

“Saya rasa dia psiko. Dia sengaja mahu memutuskan hubungan saya dengan tunang, Redzwani Puteri. Sebelum kes khalwat terjadi, dia ada berjumpa dengan tunang saya bertujuan untuk memberitahu kononnya saya dan dia mempunyai hubungan namun tunang saya tidak melayan dia malah tidak melatah.

“Mungkin disebabkan dia gagal memisahkan kami, jadi dia gunakan cara lain untuk memburukkan lagi keadaan. Saya terkejut dengan tindakannya,” jelasnya.

Sementara itu, Shahz Jaszle turut memberitahu bahawa dia akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat ini bagi menjelaskan dan menjawab semua tuduhan yang dibuat oleh wanita tersebut.

“Dia hanya menunjukkan sebahagian SMS saja, tetapi kenapa tidak kemukakan semua sekali apa yang dihantar kepada saya?

“Lagipun apa bukti menunjukkan saya penghantar SMS itu, sedangkan tiada nombor yang tertera pada paparan skrin telefon?” katanya.

Tambah aktor ini lagi, beliau baru mengenali wanita berkenaan sekitar tiga minggu.

Artikel Berkait


Artikel Menarik
sumber
http://myartis.my/dia-psiko-sengaja-mahu-memutuskan-hubungan-saya-dan-tunang-shahz-jazle


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.