Isnin, 17 Jun 2013

Isnin, Jun 17, 2013
Fazura Kembali Bercinta Dengan Anak Raja? Baru sahaja beliau digosipkan dengan pelakon Shaheizy Sam, Fazura pemilik butik "House Of Doll" kini kembali dengan gosip yang terbaru iaitu bercinta kembali (rujuk la kot) dengan anak kerabat diraja. Wahhh....kelas gitu. Info ini admin dapati menerusi portal Murai, menurut portal tersebut,

Fazura Kembali Bercinta Dengan Anak Raja


"Sebenarnya, Murai Batu pun pening nak cerita pasal hubungan cinta yang melibatkan aktres jelita, Fazura dengan seorang anak raja ni. Sebelum ini, satu Malaysia sudah pun tahu mengenai hubungan cinta mereka berdua. Tup-tup, Murai batu dapat tahu mereka sudah pun putus cinta.

Sebab apa mereka putus cinta, Murai Batu tak berapa arif sangatlah. Biasalah, percintaan setiap pasangan pasti ada pasang surutnya.Terbaru yang Murai batu dengar, hubungan cinta Fazura dengan anak raja dari selatan Semenanjung Malaysia itu sudah pun kembali bertaut semula.

Bagaimana ianya bertaut semula ? Sumber dari rakan-rakan wartawan sukan Murai Batu memberitahu bahawa hubungan mereke kembali terjalin semula ketika sebuah perlawanan bola sepak diadakan awal Jun ini. Perlawanan bola sepak mana tu? Cuba uols, teka...."

Jadi dengan gosip terbaru ini, Shaheizy Sam mungkin dapat menarik nafas lega terlepas dari digosipkan dengan Fazura. Sebelum ini kecoh juga apabila nama Shaheizy naik dan digosipkan dengan Fazura terutamanya setelah selesai penggambaran filem Manisnya Cinta. - Tak sia-sia lah penafian S/Sam sebelum ini...hehehe

Artikel Menarik



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.