Isnin, 17 Jun 2013

Isnin, Jun 17, 2013
Gaji Kakitangan Kerajaan Naik Lagi? Berita baik buat semua kakitangan kerajaan, terkini menerusi dokumen online jpa, gaji kakitangan kerajaan bakal naik lagi tahun ini. Kalau benarlah apa yang dijangka itu, maka tersenyum lebarlah semua kakitangan kerajaan.

Gaji Kakitangan Kerajaan Naik Lagi?

# Admin tumpang seronok je laa....yang penting bila dah naik gaji, mutu perkhidmatan pun kena naik la kan...Tahniah!

Gaji Kakitangan Kerajaan Naik Lagi?


Untuk membaca kandungan tersebut sila klik link yang diberi dibawah.

Dari apa yang admin faham, ini adalah janji Pm sebelum ini mengenai kenaikan gaji kakitangan awam. Dijangka setiap kakitangan awam akan menerima kenaikan dari RM80 sehinggalah RM320. Berikut adalah petikan dari sinar yang bertarikh 11 Mac 2013.

Perdana Menteri juga berkata berkuatkuasa 1 Januari 2013 semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.

"Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini (2013) tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.

"Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara," katanya.

Najib berkata sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti, kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.


Artikel Menarik
sumber
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kakitangan-awam-dapat-satu-kenaikan-gaji-tahunan-1.138634


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.