Ahad, 16 Jun 2013

Ahad, Jun 16, 2013
Hangat, Gadis Misteri Mengaku Di Tangkap Khalwat Bersama Artis | Menerusi rancangan Melodi, tengahhari tadi telah melaporkan dan menemubual seorang gadis misteri yang mengaku dirinya telah ditangkap khalwat bersama seorang artis lelaki baru-baru ini. Bagaimanapun melalui sidang akhbar sebelum ini, artis lelaki itu mendakwa dirinya diperangkap dan cuba memberitahu yang beliau tidak bersalah dalam hal ini.

Hangat, Gadis Misteri Mengaku Di Tangkap Khalwat Bersama Artis

Gadis tersebut yang dirahsiakan namanya dikatakan kesal dan kecewa dengan sikap artis lelaki tersebut mendakwa diperangkap sebaliknya mendedahkan artis lelaki itu sememangnya mempunyai hubungan dan kerap mengunjunginya.

Dalam pada itu, gadis misteri itu juga mendakwa tunang artis lelaki tersebut ada berjumpa dengannya bertanyakan hal kes mereka sewaktu beliau berada dikampung dan pertemuan itu dikatakan berjalan dengan baik.

Selain itu beliau juga akan terus mendedahkan belang sebenar artis lelaki yang didakwa cuba berselindung itu dan beliau juga nekad untuk tidak kembali lagi kepada artis lelaki tersebut.

Apapun, itulah antara cebisan temubual gadis misteri itu bersama Melodi. Bagi yang mengikuti rancangan Melodi tadi pasti dapat meneka siapakah sebenarnya artis lelaki yang dimaksudkan. Memang akan menjadi panas isu ini.......

Artikel Menarik




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.