Ahad, 16 Jun 2013

Ahad, Jun 16, 2013
Hantu Kapcai Gondol Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2012 | Filem Hantu Kapcai arahan Ghaz Abu Bakar membawa tuah buat pengarahnya apabila dinobatkan sebagai Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2012.


Hantu Kapcai Gondol Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2012

Kemenangan itu membolehkan Hantu Kapcai terbitan Showbiz Sdn Bhd membawa pulang trofi serta wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000.
Hantu Kapcai turut memenangi kategori Filem Aksi Terhebat dan Filem Kelakar Terhebat termasuklah Hero Terhebat (Zizan Razak).
Sementara itu pengarah Dharma Harun Al-Rashid turut membuat kejutan apabila memenangi bagi kategori Direktor Baru Terhebat menerusi filem Adik Manja Returns.
Hadiah bagi anugerah PFM(Persatuan Filem Malaysia) yang diraih oleh penerbit David Teo dan Astro First Terhebat (Ombak Rindu) di sampaikan oleh presiden PFM iaitu Datuk Yusof Haslam dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.
Anugerah Blockbuster 2012 merupakan penganjuran buat kali kedua bagi memartabatkan filem-filem serta penggiat seni tempatan.
Sebanyak 16 kategori yang melibatkan 49 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.
Antara filem-filem yang bertanding termasuklah Chow Kit, Ngorat, Istanbul Aku Datang, Adnan Sempit 2, 29 Februari, Apa Celop Toqq, Mael Lambong, Untuk Tiga Hari, Jiwa Taiko, Kahwin Lima dan Zaiton Ceritaku.
Acara itu telah berlangsung di Stadium Tertutup MBJB (Majlis Bandaraya Johor Baru), Johor pukul 9.00 malam dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.
Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Blokbuster 2012:
1. Anugerah Filem Terhebat: Hantu Kapcai
2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat : Syamsul Yusof (Jalan Kembali Bohsia 2)
3. Anugerah Direktor Baru Terhebat : Dharma Harun Al-Rashid (Adik Manja Returns)
4. Anugerah Filem Aksi Terhebat : Hantu Kapcai
5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat : Hantu Kapcai
6. Anugerah Filem Takut Terhebat : Sumpahan Kum Kum
7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat : Aku Ada Kau Ada?
8. Anugerah Hero Terhebat : Zizan Razak (Hantu Kapcai)
9. Anugerah Heroin Terhebat : Yana Samsudin (3 Temujanji)
10.Anugerah Watak Penyangak Terhebat : Sofi Jikan ( Jalan Kembali Bohsia 2)
11.Anugerah Lagu Tema Terhebat : Beginilah Caranya (Aku Ada Kau Ada?)
12. Anugerah Hero Baru Terhebat: Izzue Islam (29 Februari)
13. Anugerah Heroin Baru Terhebat: Neelofa (Azura)
14.Anugerah PFM : David Teo
15.Anugerah Astro First Terhebat : Ombak Rindu



sumber
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/6/16/mstar_hiburan/20130615234605&sec=mstar_hiburan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.