Sabtu, 22 Jun 2013

Sabtu, Jun 22, 2013
Hantu Mengamuk, Serang Pekerja Di Dhaka | Dianggarkan seramai 3,500 pekerja kilang kain di Dhaka terpaksa berhenti melakukan kerja masing-masing apabila tempat kerja mereka dilaporkan telah diserang hantu dan kerap mengganggu mereka.

Hantu Mengamuk, Serang Pekerja Di Dhaka

Menurut laporan, para pekerja berkenaan enggan meneruskan kerja kerana pihak pengurusan kilang enggan mengambil langkah sewajarnya untuk menghalau hantu tersebut.

Inspektor polis kawasan industri Gazipur, Showkat Kabir berkata, pemilik sebuah kilang kain di sini dipaksa untuk berdoa dan mengedarkan makanan kepada fakir miskin pada Rabu lalu.

Usaha itu diharap dapat menghalau hantu yang sering mengganggu para pekerja di kilang berkenaan.

Kira-kira 3,500 pekerja berhenti melakukan kerja mereka di sebuah kilang di Gazipur di utara Dhaka baru-baru ini.

Hantu Mengamuk, Serang Pekerja Di Dhaka

Para pekerja itu kemudian bertindak memusnahkan kelengkapan perabut kilang bagi memaksa pemilik kilang bertindak menangani masalah tersebut.

Para pekerja kilang mendakwa mereka diganggu makhluk halus semasa berada di dalam tandas wanita.

"Semua pekerja, pemilik dan pengurus kilang akan menyertai majlis doa itu. Kilang akan beroperasi semula pada hari Khamis (semalam) selepas dua hari ditutup kerana gangguan hantu," katanya. - AFP

- Benarkah berita ini? Macam lawak jerrr....

Artikel Menarik
sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2Wq3kRqPG



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.