Khamis, 20 Jun 2013

Khamis, Jun 20, 2013
Ibu Shah Jaszle Nafi Pertunangan Dah Di Batalkan | Ibu kepada pelakon Shah Jaszle mendakwa pertunangan anak mereka masih belum putus seperti yang didakwa akhbar dan portal hiburan sebelum ini, menurut beliau,

Ibu Shah Jaszle Nafi Pertunangan Dah Di Batalkan

"Sama ada pertunangan di antara Shahrizal Jaszle dengan Redzwani Putri akan diteruskan atau tidak, bergantung kepada keputusan khalwat yang akan ditentukan oleh pihak mahkamah pada November depan."

Ibu Shah yang juga merangkap pengurus kepada pelakon lelaki itu dikenali sebagai Zaleha, 68, berkata, setakat ini pertunangan anaknya dengan Redzwani Putri masih belum putus.

Zaleha juga menepis laporan sebuah akhbar pada Khamis kononnya hubungan kedua-dua pasangan itu sudah berakhir adalah tidak benar.

"Shah dan Redzwani masih lagi dalam ikatan pertunangan dan kedua-dua belah pihak seboleh-bolehnya mahu hubungan ini kekal.

"Keluarga kedua-dua pihak memang ada berbincang mengenai kemelut yang terjadi tetapi pihak lelaki belum memulangkan cincin pertunangan sebagaimana yang dilaporkan.

“Kedua-dua belah pihak juga sudah bersepakat untuk menentukan keputusan pertunangan mereka sama ada hendak diputuskan atau tidak selepas kes selesai," katanya ketika dihubungi wartawan.

Zaleha diminta mengulas laporan akhbar pada Khamis kononnya hubungan Shahrizal Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin dengan Redzwani Puteri sudah diputuskan pada 10 Jun lalu.

Ia berikutan kes penangkapan khalwat Shahrizal dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Farah Nurizzati Salleh, 21, oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Apartmen Taman Sri Subang, pada pukul 3.30 pagi, 16 Mei lalu.

Sebelum ini dalam rancangan Melodi di TV3 Ahad lalu, Farah Nurizzati (gadis misteri) mendakwa penangkapan khalwat itu bukanlah satu perangkap manakala dia dan Shahrizal mempunyai hubungan istimewa.

Dalam pada itu Zaleha berkata, terpulanglah kepada masyarakat untuk mempercayai kenyataannya atau tidak tetapi apa yang penting pertunangan anaknya dengan Redzwani masih kekal seperti dahulu.

"Saya tidak mahu fikir apa yang orang lain fikir, tetapi saya bangga dengan sikap Redzwani yang sentiasa berada di sisi anak saya ketika kontroversi ini berlaku selain dia turut memberi sokongan moral kepada Shahrizal," katanya.

Sementara itu Zaleha berkata dalam satu pertemuan yang melibatkan Shahrizal, Redzwani dan Farah Nurizzati pada Rabu, ketiga-tiga pihak telah mencapai persetujuan dan kata sepakat.

Ujarnya, dalam perjumpaan itu Shahrizal memutuskan untuk tidak mempunyai apa-apa kaitan lagi dengan Farah Nurizzati.

"Saya harap selepas ini tidak ada lagi pihak ketiga tampil untuk buat kenyataan yang merumitkan keadaan kerana ia secara tidak langsung mengaibkan diri sendiri dan keluarga masing-masing," jelasnya.

Artikel Menarik
sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/6/20/mstar_hiburan/20130620124703&sec=mstar_hiburan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.