Rabu, 19 Jun 2013

Rabu, Jun 19, 2013
Izham Omar Nafi Faizal Tahir Kena Gam | Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar menafikan desas-desus yang mendakwa artis naungan Monkey Bone, Faizal Tahir telah disenarai hitam ataupun di'gam' oleh semua stesen televisyen milik Media Prima Berhad.

Izham Omar Nafi Faizal Tahir Kena Gam

"Siapa yang mainkan isu ini? Saya pun tidak tahu ada timbul cerita sebegini. Apa yang anda dengar itu tidak benar sama sekali. Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Faizal Tahir telah di'gam' oleh semua stesen televisyen milik Media Prima. Dia masih lagi artis naungan Monkey Bone. Orang di luar sana boleh buat sebarang spekulasi, tetapi saya nafikan perkara ini," tegas Ahmad Izham ketika dihubungi.

Biarpun agak terkejut dengan kontroversi terbaru ini, Ahmad Izham menjelaskan pihaknya akan membuat siasatan lanjut berhubung perkara ini.


Dalam pada itu, cubaan untuk mendapatkan maklum balas daripada Faizal Tahir gagal setelah beliau tidak dihubungi. Pengurus peribadinya, Jeff Wai bagaimanapun berjaya dihubngi dan menjelaskan buat masa ini Faizal tidak mahu memberikan sebarang kenyataan.

"Buat masa ini Faizal Tahir tidak mahu memberikan sebarang kenyataan. Saya sendiri tidak pasti sama ada perkara ini benar atau sebaliknya," ulas Jeff ringkas.

Artikel Menarik
sumber
http://www.gua.com.my/berita-artis/Izham_Omar_Nafi_Faizal_Tahir_Di_Gam.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.