Khamis, 20 Jun 2013

Khamis, Jun 20, 2013
Izzue Islam Terharu Peminat Memilih Beliau Anugerah Calon Terhebat | Jika sebelum ini Izzue Islam pernah diiktiraf sebagai Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 25 oleh pihak juri profesional menerusi kualiti lakonan yang ditunjukkan dalam filem ’29 Februari’. Kini, peminat pula memilihnya untuk menyandang gelaran Anugerah Hero Baru Terhebat dalam Anugerah Blokbuster 2 baru-baru ini.

Izzue Islam Terharu Peminat Memilih Beliau Anugerah Calon Terhebat

“Saya sangat terkejut dan terharu. Syukur kepada Allah atas rezeki yang diberikan. Alhamdulillah, saya anggap anugerah ini sebagai permulaan untuk saya melangkah lebih jauh lagi dalam industri hiburan. Terima kasih kepada peminat, khasnya kepada ‘Izzuezers’, ‘Forteenagers’ dan ‘Forteen Family’ yang tidak jemu-jemu menyokong perjalanan karier saya tak kira dari segi lakonan ataupun nyanyian,” ulas Izzue ketika ditemui selepas selesainya Anugerah Blokbuster 2 di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru baru-baru ini.

Ketika diminta mengulas mengenai bakat lakonannya yang telah di iktiraf melalui pilihan peminat dan juga juri profesional, Izzue merasakan itu hanya sebagai permulaan.

 “Apabila dah diiktiraf, bukan bermaksud saya sudah menjadi yang terbaik dan terhebat. Saya rasakan banyak lagi yang saya perlu belajar untuk menjadi yang lebih baik dan yang lebih hebat. Saya rasakan saya hanya menyandang gelaran Hero Baru, tetapi yang Terhebat itu adalah mereka, peminat dan penyokong saya selama ini” jelas Izzue yang juga pernah muncul dalam filem ‘Hantu Kapcai’.

Mengulas mengenai wataknya dalam filem ’29 Februari’, Izzue sangat berterima kasih kerana pihak KRU Studios memberi kepercayaan untuknya menggalas watak sebagai seorang pemuda buta bernama ‘Razak’ di samping Remy Ishak dan Jojo Goh.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Edry Abd Halim selaku pengarah dan KRU Studios kerana percaya akan bakat saya. Watak Razak dalam ‘29 Februari’ merupakan antara karakter yang berat untuk saya bawakan. Watak pemuda yang buta tapi ‘celik’ ini sangat memberi cabaran bagi saya. Saya perlu menjadi seorang pemuda buta yang berdikari tapi sebenarnya pada masa yang sama, dia sangat bergantung kepada Budi, lakonan Remy Ishak,” tutur Izzue lagi yang kini sedang popular menerusi drama bersiri ‘Sebenarnya, Saya Isteri Dia’

Jika segelintir artis yang akan bersikap ‘demand’ selepas menerima anugerah, Izzue ada penjelasan tersendiri mengenai isu ini.

“Saya masih macam dulu, tidak kiralah sebelum atau selepas memenangi anugerah. Setakat ini saya tidak memilih watak yang akan saya bawakan. Saya tetap terima watak yang ditawarkan, tak kiralah watak itu watak utama, sampingan atau kecil sekalipun,” luah Izzue mengakhiri perbualan.

sumber
http://www.gua.com.my/berita-artis/Izzue_Islam_Terharu_Diiktiraf_Peminat.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.