Sabtu, 22 Jun 2013

Sabtu, Jun 22, 2013
Khalid Ibrahim 2 Kali Terlelap, Akui Ada Masaalah Kesihatan | Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dilihat terlelap seketika ketika sidang media diadakan selepas majlis angkat sumpah pagi semalam.

Khalid Ibrahim 2 Kali Terlelap, Akui Ada Masaalah Kesihatan

Abdul Khalid Ibrahim yang ketika itu sedang mengucapkan tahniah kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh, Timbalan Speaker, Nik Nazmi Nik Ahmad serta dua EXCO, Datuk Teng Chang Khim dan Iskandar Abdul Samad, pada mulanya bercakap dengan nada perlahan sebelum terus terlelap.

Menyedari keadaan itu, beliau kemudiannya dikejutkan Hannah yang duduk di sebelah kanannya sebelum sidang media itu diteruskan Speaker wanita pertama Selangor itu.

Bagaimanapun, Abdul Khalid sekali lagi terlelap menyebabkan seorang pegawainya menghentikan sidang media berkenaan bagi membolehkan Abdul Khalid beredar dan berehat.

Mengulas tentang isu tersebut, Khalid Ibrahim yang ditemui wartawan kemudian mengakui dirinya mempunyai masaalah kesihatan.

“Kadangkala memang berlaku begitu kerana kesihatan, namun saya akan pastikan ianya tidak akan berlaku dalam persidangan DUN (Dewan Undangan Negeri).

“Sudah pasti dalam persidangan DUN, saya akan menumpukan sepenuh fokus dan perhatian terhadap perbincangan dan usul yang dibahaskan,” jelas Abdul Khalid.

Artikel Menarik
sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Khalidterlelapketikasidangmedia/Article/
http://pkrl.blogspot.com/2013/06/terhot-pengakuan-berani-ts-khalid.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.