Isnin, 17 Jun 2013

Isnin, Jun 17, 2013
Kim Swee Lega, Ryuku Takkan Lepaskan Wan Zack | Heboh seketika kisah pemain kebangsaan negara, Wan Zack dikatakan mahu pulang ke Malaysia berikutan beberapa masaalah yang beliau hadapi di FC Ryukyu, Jepun. Malah Kim Swee sebelum ini juga lantang berbicara andainya Wan Zack mahu pulang.

Kim Swee Lega, Ryukyu Takkan Lepaskan Wan Zack

Kini, segalanya sah apabila Wan Zack sendiri telah mengesahkan akan terus kekal di Jepun biarpun dirinya dilanda kecederaan. Kim Swee yang kini mampu menarik nafas kelegaan berkata,

“Satu langkah sangat bijak dan saya percaya, dia kini sudah cukup matang untuk memikirkan mana yang baik demi masa depannya.

“Biarpun melalui kesukaran di Jepun, ia tidak sesekali mematahkan semangat Wan Zack dan sikap ini harus dicontohi.

“Wan Zack tidak cepat terpengaruh dengan mana-mana tawaran dan saya percaya, dia akan menjadi model terbaik untuk generasi pemain muda akan datang.

“Sudah tiba masanya pemain-pemain kita merantau ke luar negara untuk mencari ilmu dan pengalaman demi manfaat skuad negara.

“Apa yang pasti, Wan Zack akan memberikan kami satu dimensi baharu dengan berkongsi ilmu serta pengalaman sebaik kembali bersama dengan skuad negara,” katanya ketika dihubungi wartawan Ahad di Slovakia semalam.

Dalam pada itu, Naib Presiden Eksekutif kelab FC Ryukyu, Sotaro Shinoda berkata, sehingga kini pihaknya tidak pernah bercadang melepaskan Wan Zack walaupun pemain itu dilanda kecederaan.

“Memang benar kami dihubungi seseorang dari Malaysia bertanyakan kontrak Wan Zack. Tetapi pihak tersebut tidak pula menyatakan mereka dari kelab mana atau memperkenalkan diri sebagai ejen sesiapa.

“Perjanjian dibuat selama dua tahun dan dalam tempoh itu, Wan Zack tidak akan dilepaskan sehinggalah 2015.

“Kami tidak akan bayar, jika Wan Zack tidak berharga untuk pasukan. Dia pemain terbaik dan berkebolehan bermain di sayap kiri dan kanan,” katanya.

Dua pemian Malaysia, Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim ketika ini berada di Jepun, bermain untuk kelab FC Ryukyu dengan kontrak selama dua tahun.


sumber
http://www.sinarharian.com.my/sukan/wan-zack-aset-ryukyu-1.171588
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.