Sabtu, 22 Jun 2013

Sabtu, Jun 22, 2013
Mati Syahid, Husam Musa DiTahan Bawah Akta Hasutan | Datuk Husam Musa yang juga merupakan Naib Presiden PAS ditahan hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 berkaitan kenyataannya mengenai 'mati syahid' di Kelantan baru-baru ini.

Mati Syahid, Husam Musa DiTahan Bawah Akta Hasutan

Penahanan Husam mengikut seksyen itu disahkan polis menerusi kenyataan yang disiarkan di laman Facebook PDRM (Polis Diraja Malaysia) pada Sabtu. Kenyataan itu berkata Husam ditahan pada 4 petang ini di Kampung Pandan, Ampang, Selangor.

Mati Syahid, Husam Musa DiTahan Bawah Akta Hasutan

Husam di dalam laman twitternya sebelum ini memaklumkan beliau ditahan di Ampang oleh polis Bukit Aman dan dibawa ke Balai Polis Ampang.

"Akan dibawa ke Kelantan untuk siasat bawah Akta Hasutan," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Selangor A. Thaiveegan mengesahkan mengenai penahanan Husam dan berkata kes berkenaan dikendalikan Bukit Aman.

Mati Syahid, Husam Musa DiTahan Bawah Akta Hasutan | Datuk Husam Musa yang juga merupakan Naib Presiden PAS ditahan hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan

Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata, peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan pembangkang di Padang Merbok pada Sabtu dianggap sebagai mati syahid.

Kenyataannya itu bertentangan dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang mahu ahli parti mematuhi pendirian serta nasihat Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk mereka menyertai perhimpunan itu.

-BERNAMA

Artikel Menarik
sumber
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/22/mstar_berita/20130622164235&sec=mstar_berita
http://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-husam-ditahan-mengikut-akta-hasutan.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.