Ahad, 16 Jun 2013

Ahad, Jun 16, 2013
MotoGp Catalunya, Hafizh Syahrin Ke 27, Zulfahmi Pula Ke 16 | Nampaknya petang ini dua pelumba Motogp dari Malaysia iaitu Hafizh Syahrin Abdullah dan Zulfahmi Khairuddin dijangka akan berlumba dalam kategori masing-masing iaitu Moto 2 dan Moto 3 petang ini waktu Malaysia.

MotoGp Catalunya, Hafizh Syahrin Ke 27, Zulfahmi Pula Ke 16

Kedua-dua pelumba negara dilihat bergelut dengan beberapa masaalah sehingga menggangu rentak perlumbaan mereka dalam ujian masa kedua semalam. Hafizh yang turun selaku pelumba wild card berjaya mencatat masa terpantas 1'48.221 saat dan menduduki petak ke 27 di Moto2. Pada ujian masa pertama Jumaat lalu, rentak Hafizh terganggu sedikit kerana masaalah brek motorsikal.

MotoGp Catalunya, Hafizh Syahrin Ke 27, Zulfahmi Pula Ke 16

"Sesi latihan hari ini sangat mencabar buat saya dan pasukan. Pada sesi latihan bebas pertama, kami mempunyai rentak yang baik dan pada suatu ketika menduduki tangga ke-26. Malang sekali, brek jentera saya mengalami masalah pada 10 minit terakhir dan saya terpaksa menarik diri.

"Pada sesi latihan bebas kedua, saya tidak dapat mengurangkan catatan masa dengan banyak kerana suhu litar amat panas di mana ia mencecah 50 darjah celcius.

"Dalam keadaan sebegini, susah untuk para pelumba mendapatkan cengkaman tayar yang baik.

"Saya berharap kami boleh tampil lebih kompetitif pada sesi latihan bebas ketiga dan sesi kelayakan esok (Sabtu)," kata Hafizh.

MotoGp Catalunya, Hafizh Syahrin Ke 27, Zulfahmi Pula Ke 16



Artikel Menarik
sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm
http://www.motogp.com/en




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.