Khamis, 20 Jun 2013

Khamis, Jun 20, 2013
1
Murid Mungkin Pekak Selepas Di Tampar Guru | Seorang pelajar sebuah sekolah di Marang, berkemungkinan pekak selepas beliau ditampar oleh seorang guru pada hari Isnin lalu.

Murid Mungkin Pekak Selepas Di Tampar Guru

Mohd Jazman Jailani, 15, mendakwa ditampar guru lelaki itu kira-kira jam 11 pagi selepas dia dituduh memancitkan tayar kereta seorang guru perempuan, bersama beberapa murid lain.

Menurut Jazman, kejadian itu berlaku apabila guru lelaki terbabit mengarahkan dia dan seorang lagi rakannya ke bilik guru untuk disoal siasat berhubung kejadian tersebut.

“Apabila tiba di bilik guru, cikgu itu bertanya mengenai tayar kereta cikgu (perempuan) yang pancit minggu lalu. Saya menafikan saya terlibat.

“Dia tidak percaya dan menampar pipi kiri saya dengan kuat. Telinga saya rasa berdengung sampai sekarang,” katanya.

Bagaimanapun Mohd Jazman berkata, dia tidak segera memberitahu ibunya mengenai tindakan guru itu. Ibunya, Norlaila Jusoh, 41, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas anak keempat daripada tujuh beradik itu bangun tidur kira-kira jam 5 petang hari tersebut dan mengadu sakit telinga.

“Saya membawa anak ke Klinik Kesihatan Gong Balai, di sini, sebelum ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut. Doktor mengesahkan terdapat kecederaan pada gegendang telinganya,” katanya.

Keluarga Mohd Jazman membuat aduan di Balai Polis Merchang. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan kes sedang disiasat.

Artikel Menarik
sumber
http://www.sinarharian.com.my/pelajar-mungkin-pekak-ditampar-guru-1.173475


1 comments:

  1. tak dinafikan, memang la pelajar2 sekarang kebanyakannya semakin teruk...walaupun pelajar yang terlibat ini kemungkinan besar tak terlibat..tapi apa yang saya nak katakan ini...cikgu pun sama teruk...tak berfikir sebelum buat..menyakiti fizikal pelajar hingga cedera.bukan itu caranya untuk mengajar jika budak itu didapati bersalah sekalipun. sepatutnya cikgu mesti tunjuk contoh yang lebih baik.. bukan menunjukkan level pemikiran yang sama macam pelajar2 sekarang.

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.