Rabu, 19 Jun 2013

Rabu, Jun 19, 2013
Redzwani Serah Pada Shah Jaszle Untuk Uruskan Masaalah | Redzwani Puteri, yang merupakan tunang kepada pelakon Shah Jaszle menyerahkan kepada pelakon lelaki itu untuk menyelesaikan segala masalah selepas pendedahan pasangan dalam program Melodi, Ahad lalu.

Redzwani Serah Pada Shah Jaszle Untuk Uruskan Masaalah

Menurut Redzwani, 25, dia tidak dapat memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

"Maaf banyak-banyak kerana saya sedang sibuk. Berkenaan isu tersebut saya serahkan kepada Shahrizal untuk selesaikan," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.

Shahrizal dan Redzwani bertunang pada 8 November 2011 dan dijangka akan berkahwin pada 2015.

Ahad lalu, seorang wanita yang mendakwa pasangan khalwat Shahrizal mendedahkan bahawa kejadian penangkapan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu bukan satu perangkap

Malah wanita itu berkata, Shahrizal, 25, yang dikenalinya sejak setahun lalu telah berjanji untuk bertanggungjawab menyelesaikan perkara tersebut. Dia turut mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon drama Asmara itu.

Dalam pada itu, Ibu dan pengurus aktor tersebut yang dikenali sebagai Zaleha juga tidak mahu memberi sebarang reaksi berhubung pendedahan wanita dalam program hiburan TV3 berkenaan.

"Maaf, saya tidak boleh nak bagi apa-apa komen. Perkara tersebut akan diselesaikan melalui satu sidang media yang akan dibuat oleh Shahz dalam masa terdekat ini," katanya.

sumber
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/6/19/mstar_hiburan/20130618192343&sec=mstar_hiburan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.