Isnin, 17 Jun 2013

Isnin, Jun 17, 2013
Sabhi Saddi Mengaku Telah Bernikah Dan Mempunyai Anak | Minggu lalu, Sabhi Saddi penyanyi kelahiran Sabah telah digosip dengan berita perkahwinan beliau yang dilangsungkan dalam diam bahkan beliau juga didakwa telah pun mempunyai anak hasil dari perkahwinan itu.

Sabhi Saddi Mengaku Telah Bernikah Dan Mempunyai Anak

Sebelum gosip terbaru ini, Sabhi pernah dihubungkait dalam menjalinkan hubungan cinta dengan seorang penyanyi dari Indonesia bernama Vienna Fridiana. Malangnya cinta mereka itu putus di tengah jalan. Sabhi dan Vienna pernah merakamkan sebuah lagu duet berjudul Seperti Dulu Lagi sekitar tahun 2011.

Sabhi yang ditemui wartawan akhirnya mengakui diirnya telahpun berlahwin dengan seorang gadis berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan mereka juga telah mempunyai seorang anak. Menurut Sabhi lagi,

"Ya, saya sudah berkahwin pada Julai tahun lepas di Kuala Lumpur. Isteri saya bernama Rosi Aswani Abdul Razak, 27, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan.

Dia merupakan orang biasa. Kami diperkenalkan oleh kawan. Saya tak terfikir pun hubungan kami akan menjadi serius.

Namun selepas rapat sebagai kawan selama setahun, kami ambil keputusan untuk berkahwin. Apa yang boleh saya katakan, ia sudah rezeki dan jodoh kami.

Kami sudah dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia empat bulan, Sofea Reesya."

Sabhi Saddi Mengaku Telah Bernikah Dan Mempunyai Anak | Minggu lalu, Sabhi Saddi penyanyi kelahiran Sabah telah digosip dengan berita perkahwinan beliau yang dilangsungkan dalam diam bahkan beliau juga didakwa telah pun mempunyai anak hasil dari perkahwinan itu.

Apabila ditanya mengapa Sabhi enggan mendedahkan perkahwinan beliau kepada media, Sabhi menjelaskan perkara itu adalah hal peribadi beliau dan beliau tidak mahu didedahkan kepada umum. Sabhi juga berjanji akan menampilkan isterinya itu kepada umum dalam penghujung tahun ini serta mendedahkan tahun ini beliau akan pulang berhari raya di Kelantan.

Artikel Menarik
sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0617&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.