Rabu, 19 Jun 2013

Rabu, Jun 19, 2013
Saya Bukan Perempuan Psiko Atau Bodoh, Farah Vs Shahz Jaszle | Ekoran dari kenyataan terbaru pelakon Shahz Jaszle yang mengatakan gadis misteri yang ditangkap khalwat bersamanya sebagai wanita psiko dan sengaja mahu memutuskan ikatan pertunangannya dengan Redzwani Puteri, gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Farah itu kembali tampil memberikan kenyataan balas berhubung isu tersebut.

Saya Bukan Perempuan Psiko Atau Bodoh, Farah Vs Shahz Jaszle

"Dakwaannya kononnya saya perempuan aneh dan psiko sangat melampau dan saya tidak akan berdiam diri kerana saya bukannya bodoh seperti mana dia sangkakan, kata Farah melalui akhbar Harian Metro, hari ini.

Dia turut mendedahkan bahawa Shahz Jaszle turut mengajarnya untuk menipu dengan mengatakan dia merupakan krew yang mengasingkan pakaian buat aktor tersebut semasa tangkapan tersebut dibuat.

Farah turut menyifatkan segala kenyataan yang dikeluarkan Shahz selama ini berhubung kes khalwat mereka adalah seperti seorang yang ingin lari daripada masalah.

Menurut Farah lagi, "Saya tidak teragak untuk membawa semua saksi dan bukti itu kepada media asalkan nama baik saya dan keluarga dapat dibersihkan. Jika benar dia (Shahz) bercakap benar, datang bersemuka atau kita berdepan pihak media bersama, katanya.

Nampaknya keadaan kes ini semakin rumit apabila kedua-dua pihak saling berbalas kenyataan di antara satu sama lain.

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya seandainya pihak yang terlibat mengambil langkah bijak dengan berbincang dan bersemuka agar segala kekeliruan dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Apatah lagi kes ini telahpun dibawa ke mahkamah.

Artikel Berkait


Artikel Menarik

sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013061901403620130619014036/Article


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.