Ahad, 16 Jun 2013

Ahad, Jun 16, 2013
Shah Jaszle Buka Portal Hiburan Sendiri, Berminat Jadi Pengarah | Shah Jaszle enggan mengulas status terkini kes khalwatnya sebaliknya lebih suka bercerita tentang kerjaya beliau yang terbaru. Menurut kosmo, Shahz kini mula mengembangkan lagi bakat dirinya dengan menjadi penulis skrippengarah serta membuka portal hiburan sendiri. Menurut Shah Jaszle,

 "Sebenarnya, saya lebih suka berada di belakang tabir berbanding berlakon. Saya ada merancang sesuatu tentang karier saya kerana saya juga berminat untuk menjadi pengarah.

"Saya sedang menulis skrip untuk difilemkan kelak. Ia tentang sebuah filem aksi yang menjadi minat saya. Bagaimanapun, penggambaran filem itu bukan untuk dilakukan dalam masa terdekat kerana ia perlu mengambil kira banyak aspek. Buat permulaan, saya akan melaksanakan projek filem pendek terlebih dahulu," katanya.

Dalam diam, Shahz bersama adiknya, Shahid Jaszle, 22, turut mewujudkan sebuah portal hiburan dengan menggunakan nama Jaszleworks Production. Selain mahu menghasilkan filem sendiri, mereka kini memberi tumpuan kepada usaha memperkenalkan portal itu kepada orang ramai terlebih dahulu.

Portal hiburan yang merangkumi berita-berita artis dan industri hiburan serta ulasan filem dalam dan luar negara yang beralamat di jaszleworks.com telah hampir dua bulan digerakkan oleh Shahz bersama adiknya itu.

Shah Jaszle Buka Portal Hiburan Sendiri, Berminat Jadi Pengarah

"Tiada sebab lain melainkan mahu menjadikannya sebagai medium untuk saya menghargai barisan penggiat seni negara menerusi artikel-artikel positif tentang mereka. Lagipun idea itu timbul ekoran cadangan adik saya yang mahir dalam kerja-kerja membina laman web.

"Namun banyak lagi yang harus diperbaiki kerana portal itu baru sahaja beroperasi," katanya kepada Sensasi Bintang.

Portal itu juga seolah-olah menyampaikan suara hati pelakon drama bersiri Tari Tirana itu yang tidak gemar dengan gosip-gosip artis.

Tiada berita-berita gosip dunia artis yang boleh ditemui di dalam portal itu.

"Apa yang pasti, walaupun kandungan portal itu ada kaitan dengan kontroversi semasa tetapi ia tidak mengandungi sebarang artikel-artikel gosip, bertepatan dengan matlamat saya untuk menghargai penggiat seni," katanya.

Shahz yang bakal muncul menerusi filem Rentas tidak lama lagi menambah, adiknya sanggup turun padang dengan menghadiri beberapa acara bagi mendapatkan bahan berita untuk portal itu.

"Kebanyakan kandungan artikel dalam portal tersebut ditulis sendiri oleh adik saya.

"Kadang-kadang dia akan turun padang untuk mendapatkan bahan-bahan berita. Kandungannya juga kebanyakannya digerakkan sendiri oleh adik saya secara separuh masa," ujar anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur itu.

Artikel Menarik

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2WLIJbGqs



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.