Rabu, 19 Jun 2013

Rabu, Jun 19, 2013
SMS Dan Panggilan Telefon Gurauan Terakhir Arwah Adam Kepada Ibunya | Kemalangan diawal pagi yang membabitkan empat orang pelajar UiTM di Federal Highway baru-baru ini sememangnya agak mengejutkan senua pihak.

Terlebih dahulu, marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada tiga pelajar yang telah terbunuh akibat kejadian tersebut. Terkini, wartawan yang telah menemui ibu kepada arwah Adam Ab Rahman, 18, sempat menemubual ibu allahyarham, antara panggilan telafon dan sms gurauan terakhir yang dihantar allahyarham Adam kepada ibunya berbunyi,

SMS Dan Panggilan Telefon Gurauan Terakhir Arwah Adam Kepada Ibunya

“Adam yang kahwin, mak...Adam yang kahwin,” antara gurauan terakhir Adam Ab Rahman kepada ibunya apabila ditanya  majlis perkahwinan siapa dihadiri di Kuala Lumpur sebelum terlibat kemalangan tersebut.

Penuntut Tahun Satu Diploma Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang itu maut dalam kemalangan selepas  kereta dinaiki bersama rakan-rakannya hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan di KM 14.5 Lebuhraya Persekutuan.

Nahas itu turut mengorbankan dua rakannya, Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan  Dali, masing-masing berusia 18 tahun ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari I-City, Shah Alam.

Ibu mangsa, Saadah Khanan, 47, mengakui memahami maksud tersirat di sebalik gurauan ‘kahwin’ yang diucapkan Adam apabila  anaknya itu diraikan oleh saudara mara dalam suasana yang hiba iaitu pada hari pengebumiannya petang kelmarin.

“Saya tidak sangka ‘kahwin’ yang disebut arwah dalam telefon tempoh hari itu adalah petanda dia akan meninggalkan saya buat selama-lamanya.

“Saya tak dapat lupakan gurauan itu. Masih jelas suara dia di telinga saya hingga hari ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Saadah berkata, dalam panggilan telefon itu, anaknya turut berkali-kali meminta supaya mendoakannya selain memulakan serta mengakhiri panggilan dengan ucapan salam yang tidak pernah dilakukan Adam sebelum ini.

Jenazah Adam selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, 6.30 petang 16 Jun lalu.

Artikel Berkait
Artikel Menarik
sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/nahas-3-penuntut-gurauan-terakhir-adam-1.172543


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.