Jumaat, 21 Jun 2013

Jumaat, Jun 21, 2013
2
Tahniah Ana Najia, Malaysia Harus Berbangga Denganmu | Mungkin tidak ramai  yang mengenali Ana Najia binti Sharin,18, anak kelahiran Taiping, Perak. Ana merupakan salah seorang dari 45 peserta program pertukaran pelajar antara negara iaitu AFS Intercultural Programs.

Tahniah Ana Najia, Malaysia Harus Berbangga Denganmu

Setiap tahun menerusi program ini, AFS Malaysia akan menghantar para pelajarnya ke luar negara dan sehingga kini sekurang-kurangnya 200 pelajar telah dihantar mengikuti program ini.

Mewakili Malaysia dalam program AFS, bermula dari Januari 2013, Ana Najia kini berada di Chariho Regional High School, Richmond, Rhode Island, Amerika Syarikat sehingga 30 Jun 2013 ini.

Tahniah Ana Najia, Malaysia Harus Berbangga Denganmu

Baru-baru ini, hangat diperkatakan tentang sebuah lagu Najwa Latiff yang dimuat naik menerusi laman youtube dan dinyanyikan oleh sekumpulan pelajar Sekolah Tinggi Chariho di Rhode Island, Amerika Syarikat sehingga pemilik lagu Najwa Latiff sendiri berasa terharu.


Disebalik semua itu, segalanya bermula apabila guru muzik, Ms. Dowding bertanyakan kepada Ana Najia andainya beliau mempunyai lagu melayu untuk dibawakan oleh kumpulan pelajar di Chariho Regional High School, dan Ana telah memilih lagu Sahabat, Najwa Latiff.

Tahniah Ana Najia, Malaysia Harus Berbangga Denganmu

Walaupun pada mulanya pelajar tersebut susah untuk menguasai Bahasa Malaysia dan menyanyikan lagu Sahabat, namun dengan usaha dan semangat yang bersungguh-sungguh akhirnya mereka berjaya juga sehinggakan guru muzik tersebut menitiskan airmatanya.

Tahniah Ana Najia, Malaysia Harus Berbangga Denganmu
Bersama sahabat baik, Rachel and Erin 
Ana sendiri sebenarnya tidak menyangka lagu itu mendapat perhatian rakyat Malaysia, di bicarakan menerusi radio, televisyen serta portal hiburan. Sebelum ini, terdapat sedikit kekeliruan informasi tentang nyanyian lagu ini, (boleh dibaca di blog Ana sendiri), bagaimanapun pihak kami merasakan ianya telah semakin jelas.


Apapun, ucapan terima kasih harus diberikan kepada beliau kerana sedikit sebanyak berjaya menjadi duta kecil untuk Malaysia. Semoga terus berjaya..... Tahniah Ana Najia, Malaysia sememangnya harus berbangga denganmu.

# Pagi esok, Ana Najia akan bersiaran bersama MHI (7~9 pagi) menerusi Skype dan akan menyanyikan lagu tersebut bersama beberapa orang temannya. Ana Najia juga memiliki blog sendiri. [ Ana Najia ] Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ana Najia kerana membenarkan Kezoom memuatnaik gambar beliau.


Artikel Menarik

sumber
AnaNajia



2 comments:

  1. VIP PASS UNTUK AWAK HEHEEHE BLOG3DALAM1.COM

    http://blog3dalam1.com/2013/06/selamat-datang-blog3dalam1-com/

    BalasPadam
  2. taniah...kami sekeluaraga bangga dgn anda...

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.