Sabtu, 22 Jun 2013

Sabtu, Jun 22, 2013
Tunjuk Mewah Sangat Punca Artis Kerap Di Rompak? | Kes artis disamun dan dirompak bukanlah perkara baru yang berlaku di negara ini. Sebelum ini, Nasha Aziz pernah mengalami kerugian hampir RM40,000 apabila disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat tidak lama dahulu, beberapa artis lain seperti Mizz Nina dan ND Lala turut mengalami nasib yang sama ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi masing-masing.

Tunjuk Mewah Sangat Punca Artis Kerap Di Rompak?

Malah juara Akademi Fantasia musim ketiga, Mawi atau Asmawi Ani turut kerugian RM10,000 apabila banglonya yang terletak di Bangi dimasuki perompak.  

Kes jenayah seperti ini haruslah dipandang serius oleh semua pihak, termasuklah golongan selebriti. Kehidupan mereka yang mewah membuatkan mereka mudah menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab.Bagi mengelak kes ini berulang lagi, maka mereka harus sentiasa berwaspada!

Berikut pandangan beberapa artis mengenai isu ini

Awie Wings
Kejadian samun boleh berlaku di mana-mana. Dalam perkara ini banyak yang perlu kita titik beratkan. Harus lebih berhati-hati bagi mengelak daripada menjadi mangsa. Sebagai artis, jangan terlalu  menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang ada kerana ia akan mendorong berlakunya jenayah seperti ini. Selain itu, lengkapkanlah diri dengan ilmu mempertahankan diri seperti silat atau sebagainya."  

Sharifah Shahira
Saya pernah mengalami kejadian sebegini pada tahun lalu apabila rumah saya dipecah masuk dan mengalami kerugianhampir RM2,000. Kejadian ini membuatkan saya lebih berhati-hati dalam melakukan setiap perkara. Saya akui, walaupun kita terlalu berhati-hati tapi ia tetap berlaku. Nasihat saya, kalau boleh sediakan alatan untuk keselamatan diri kerana kejadian sebegini boleh berlaku di mana sahaja."  

Nash Lefthanded
Kita sebenarnya tidak dapat mengelakkan kes jenayah sebegini kerana ia sering berlaku di mana-mana. Paling ketara bagi mereka yang baru membuat pengeluaran wang yang banyak dari bank. Faktor itu membuatkan mereka mudah menjadi mangsa. Bagi kes sebegini, mereka harus ada peneman atau bodyguard bagi  mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya terjadi. Dan jangan pandang mudah terhadap kes sebegini.” 

Fouziah Gous
Saya pernah mengalami kejadian kena samun, ketika berjalan seorang diri tiba-tiba dua lelaki yang menaiki motosikal cuba menarik beg tangan saya. Namun Alhamdulillah ketika itu mereka tidak sempat mengambil beg tersebut kerana saya cepat-cepat duduk ketika kejadian berlaku. Sekiranya anda berdepan dengan situasi ini, jangan mudah panik. Kalau boleh elakkan jalan seorang diri di waktu malam kerana ketika itulah jenayah sering menghampiri kita. Saya juga berharap pihak berkuasa beri kelonggaran untuk artis menggunakan cermin gelap pada kenderaan atas faktor keselamatan." 

Ako Mustapa 
Bagi mengelakkan kes  pecah kenderaan dan samun, jangan simpan barangan berharga dalam kenderaan kerana ia merupakan antara penyebab yang mengundangnya kes sebegini berlaku. Artis juga jangan terlalu menunjuk-nunjuk kemewahan yang mereka ada. Selain itu, cuba elakkan keluar seorang diri pada waktu malam terutamanya wanita." 

Iqram Dinzly
Saya bersyukur kerana tidak pernah berdepan kes sebegini. Biasanya, sebelum keluar rumah saya banyakkan berdoa dan bertawakal kepada ALLAH supaya sentiasa melindungi saya daripada sebarang kecelakaan yang tidak diingini. Selain itu, kita juga harus sentiasa berwaspada. Saya juga menyokong cadangan cermin gelap pada kenderaan bagi keselamatan artis." 




sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/tunjuk-mewah-punca-artis-kena-samun-1.170538


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.