Khamis, 20 Jun 2013

Khamis, Jun 20, 2013
Video Kemalangan Kereta Di Hempap Menara UMNO Penang | Polis Pulau Pinang dilaporkan akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di tempat kejadian bagi menjalankan inkues untuk mengesahkan kematian seorang lelaki yang dikhuatiri tertimbus di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister, George Town.

Video Kemalangan Kereta Di Hempap Menara UMNO Penang

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, pihaknya telah mendapat rakaman CCTV itu.

“CCTV itu dipasang berhampiran tempat kejadian dan berdasarkan rakaman awal yang kami lihat, ia merakam kejadian runtuhan itu. Apa yang saya boleh maklumkan kami akan gunakan CCTV itu untuk siasatan inkues itu.

“Memang ada kehadiran kereta mangsa di tempat kejadian dan kami akan teliti lebih rapi rakaman yang diperoleh itu,” katanya.

Menurut beliau lagi, berdasarkan siasatan, polis juga mendapati nombor casis kereta milik mangsa yang dilaporkan hilang itu sepadan dengan nombor kereta yang dijumpai dalam timbunan runtuhan berkenaan.

“Kami juga mendapat satu laporan polis daripada seorang saksi yang memaklumkan dia nampak kereta mangsa dihempap antena yang jatuh dari bangunan berkenan,” katanya.

Abdul Rahim berkata, tiga perkara itu akan dijadikan bukti untuk pihaknya menjalankan inkues yang bermula Selasa hingga Khamis bagi membolehkan sijil kematian dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selain memudahkan urusan tuntutan insurans oleh keluarga mangsa.

Dalam kejadian angin kencang Khamis lepas, seorang penjual nasi Lim Chin Aik, 44, dikhuatiri tertimbus apabila pasukan mencari dan menyelamat menemui sebuah kereta Honda City berwarna kelabu terbenam di kawasan runtuhan pada Sabtu.

Polis mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilapor hilang sejak hari kejadian selepas keluar mengambil anaknya di sekolah.

Susulan itu, pihak berkuasa memulakan operasi mencari dan mengesan mangsa, tetapi operasi terpaksa dihentikan sepenuhnya pukul 8 pagi Isnin untuk mengelak struktur bangunan warisan di kawasan itu terjejas.


# Maaf video tersebut telah diremove oleh user....Terima kasih { Bagaimanapun anda boleh menontonnya disini - VIDEO )

Artikel Berkait


  • 2 Video Dan Gambar Ribut Di Pulau Pinang
  • Terkini, Dua Maut Dalam Kejadian Ribut Di Penang
  • Honda City Terbenam Sedalam 6 Meter Akibat Ribut Di Penang


  • Artikel Menarik
    sumber
    http://wowberita.org/video-rakaman-cctv-penebat-kilat-bangunan-umno-runtuh-tersebar


    0 comments:

    Catat Ulasan

    Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.