Sabtu, 22 Jun 2013

Sabtu, Jun 22, 2013
Yang Bercinta Kami, Bukan Keluarga - Shah Jaszle Dan Redzwani | Menurut laporan mStar hari ini, ketika kecoh isu keluarga Redzwani Puteri, 25, iaitu tunang kepada pelakon Shahrizal Jaszle, 25, memutuskan pertunangan, pasangan tersebut tetap merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Yang Bercinta Kami, Bukan Keluarga - Shah Jaszle Dan Redzwani

Menurut Shahrizal Jaszle lagi, pertunangan yang diputuskan itu hanyalah keputusan keluarga dan ia bukan atas kehendaknya dan Puteri.

"Yang bercintanya adalah kami, Keputusan memutuskan pertunangan itu datangnya daripada pihak keluarga dan bukannya daripada kami.

"Apa yang saya dan Puteri hanya mampu buat adalah reda sahaja dan berdoa agar perhubungan kami dan keluarga kembali pulih," katanya.

Shahrizal ditemui ketika menjalani penggambaran drama Iman Nabila arahan Shuhaimi Lua yang diadakan di Templer Park, di sini petang Jumaat.

Redzwani Puteri yang dihubungi wartawan menerusi WhatsApp pula berkata, dia mengakui ibunya telah membuat keputusan untuk memulangkan semula cincin pertunangannya kepada keluarga Shahrizal.

Walaupun bukan dengan kerelaan hatinya, sebagai anak, dia terpaksa akur permintaan ibu yang mahu memutuskan pertunangan tersebut.

"Saya dan Shahrizal memang tiada masalah. Tetapi sebagai anak saya perlu menghormati keputusan kedua-dua ibu bapa saya. Kerana untuk meneruskan perhubungan ini, restu itu sangat penting," ujarnya.

Tambah Redzwani, beliau masih berjumpa dengan Shah Jaszle untuk menyelesaikan isu ini. Redzwani juga menyatakan masih sayang kepada Shah Jaszle, menurutnya,

"Ya. Saya tak mahu tipu tentang hal itu. Bukan senang untuk tiba-tiba berhentikan perasaan cinta itu. Lebih-lebih lagi kami sebelum ini adalah kawan baik dan kemudian bertukar menjadi cinta. Ia bukan satu benda yang mudah untuk dilupakan. Tetapi pada masa sama saya perlu menghormati keluarga.

Artikel Menarik
sumber
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/6/22/mstar_hiburan/20130621183936&sec=mstar_hiburan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.