Jumaat, 5 Julai 2013

Jumaat, Julai 05, 2013
Adi Putra Akui Isteri Tidak Cemburu Lihat Aksi Lakonan Romantik | Adi Putra menerusi sebuah akhbar hari ini mengakui isterinya Aida Yusof sudah lali dan tidak cemburu dengan watak romantik yang sering dilakonkannnya dalam drama dan filem-filem tempatan.

Adi Putra Akui Isteri Tidak Cemburu Lihat Aksi Lakonan Romantik

Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 32, berkata, setakat ini isterinya tidak pernah menunjukkan rasa kurang senang dengan mana-mana watak romantik yang dibawakannya bagi menjayakan sesebuah karya.

"Alhamdulillah, setakat ini isteri saya tidak pernah menunjukkan sebarang reaksi cemburu dan saya rasa dia sudah biasa dan lali dengan watak-watak romantik saya dalam mana-mana drama atau filem.

"Dia faham itu hanyalah tanggungjawab saya sebagai pelakon dan kerjaya ini bukan baru tetapi sudah hampir 11 tahun saya menceburinya. Dia sangat faham," katanya.

Menurut Adi Putra lagi, Aida tidak pernah meletakkan had-had dan batasan tertentu untuk dia berlakon dengan mana-mana wanita.

"Dia jarang masuk campur hal kerja saya dan tidak pernah beri sebarang limit untuk saya berlakon dengan perempuan.

"Saya sebagai suami yang sepatutnya tahu menjaga batasan dan kita juga ada Lembaga Penapisan Filem yang sentiasa menilai tahap sesebuah lakonan itu," katanya.

Tambah Adi Putra, dia perlu bijak membahagikan masa kerja dan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak angkatnya Zara Adelia yang kini berusia sembilan bulan.

"Saya sentiasa menyusun jadual untuk sentiasa berada bersama keluarga jika tiada penggambaran. Kalau tiada apa-apa kerja saya lebih suka duduk sahaja di rumah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Adi sedang menjalani penggambaran filem Suami Aku Ustaz dan telefilem Ijab dan Kabul untuk siaran Aidilfitri depan di TV3.

Artikel Menarik
sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/7/5/mstar_hiburan/20130704133035&sec=mstar_hiburan


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.