Khamis, 4 Julai 2013

Khamis, Julai 04, 2013
Adi Putra Di Tuduh Tidak Melawat Anak Di Hospital | Baru-baru ini anak pelakon terkenal, Adi Putra telah dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan dan berikutan insiden tersebut, terdapat desas desus mendakwa kononnya aktor kacak berkenaan langsung tidak hadir ke hospital bagi menjenguk anakanya serta menyerahkan segala tanggungjawab menjaga anak mereka itu kepada isteri.


Adi Putra Di Tuduh Tidak Melawat Anak Di Hospital

Krew portal Ohbulan, sewaktu bertemu dengan pelakon drama bersiri Teduhan Kasih, Adi telah menjelaskan bahawa hanya isterinya sahaja yang tahu perkara sebenar dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu terbabit.

"Hanya isteri sahaja yang tahu. Kalau saya cakap hari-hari saya datang melawat anak di hospital, tapi mungkin orang akan fikir, itu hanya sekadar di bibir tapi hati cakap lain. Jadi, asalkan saya tahu, isteri dan anak tahu perkara sebenar itu sudah cukup."

Menyentuh lebih lanjut mengenai isu anak, pelakon ini turut dilihat terlalu menjaga eksklusiviti bayinya itu sehingga jarang mendedahkan bayi comel tersebut kepada umum.

Bagi menjawab persoalan berkenaan, Adi Putra sendiri akui dia memang risau untuk mendedahkan identiti sebenar anaknya itu kepada orang ramai kerana khuatir akan keselamatan bayi tersebut dan dalam masa yang sama, sikapnya sendiri memang tidak gemar untuk memuat naik foto-foto anaknya itu menerusi laman Instagram seperti kebanyakan artis lain.

"Sebelum ini pun saya tak pernah nak umumkan dia siapa. Tapi umum tahu anak itu sebenarnya siapa."

"Bagi saya untuk popular itu senang, tapi untuk memikul gelaran popular itu bukan senang, tambah-tambah lagi anak. Bila dia membesar dengan orang sekeliling dan masuk pula ke sekolah, orang akan tanya pada dia macam-macam, jadi nanti dia akan berhadapan dengan waktu yang sukar."

"Mungkin ada perkara boleh kongsi, tapi tidak semua. Seperti apa yang saya buat sekarang. Tambahan pula saya memang jarang nak muat naik gambar anak. Itu memang cara saya. Tapi kalau isteri nak muat naik, biarkanlah. Itu hak dia dan saya hormat."

Untuk makluman, pada Oktober tahun lalu Adi Putra dan isterinya, Aida Yusof telah mengambil bayi perempuan comel iaitu Zara Adelia Haadi sebagai anak angkat mereka.

Artikel Menarik
sumber
http://www.ohbulan.com/anak-masuk-hospital-adi-putra-tak-datang-melawat/


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.