Selasa, 23 Julai 2013

Selasa, Julai 23, 2013
Ainan Tasneem Terlibat Dalam Kemalangan, Kereta Di Langgar Dari Belakang | Penyanyi Ainan Tasneem dilaporkan telah mengalami kemalangan kereta sewaktu melalui Lebuhraya NPE (New Pantai Express Highway) sekitar jam 2.30 petang semalam.

Ainan Tasneem Terlibat Dalam Kemalangan

Menerusi laman Facebooknya, Ainan Tasneem berkata, sewaktu kemalangan berlaku, beliau dan teman baiknya dalam perjalanan menuju ke Bandar Tasik Selatan dan secara tiba-tiba kereta yang dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

“Kejadian semalam di lebuh raya NPE. 21 Julai kira-kira 2.30 pm. We were on our way to Bandar Tasik Selatan (kami tengah menuju ke Bandar Tasik Selatan). Bertembung dengan kereta belakang yang nak ke kanan waktu kami nak masuk ke simpang kiri. Kereta dua-dua dalam keadaan yang sangat laju.

“Dalam kereta berasap dan airbag semua keluar,  tayar kereta juga terkeluar dari tempat tayar , jadi besi tu tersekat dekat longkang. Kalau tak, kereta memang terus akan menjunam ke tepi gaung sebelah itu sahaja.

“Tapi, Alhamdulillah. Nothing happen to me and my best friend (tiada apa yang berlaku dalam diri saya dan kawan baik saya). Cuma sekarang setiap urat dekat badan terlalu sakit dan banyak lebam akibat hentakan yang terlalu kuat,” katanya.

Ainan Tasneem Terlibat Dalam Kemalangan, Kereta Di Langgar Dari Belakang

Mengakui masih trauma dengan kejadian tersebut, Ainan bagaimanapun bersyukur apabila tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk.

“Alhamdulillah Allah masih bagi nyawa untuk kami bernafas. Dan kepada orang di luar sana, berhati-hati semasa memandu (To people out there, please.. Drive safely). Sayangi nyawa anda. Ainan trauma kejap.

“Sampai sekarang masih teringat ingat apa yg berlaku semalam. Terima kasih Allah kerana masih bagi peluang untuk hidup,” ujarnya.

Artikel Menarik
sumber
http://www.sinarharian.com.my/arkib/ainan-tasneem-kemalangan-1.185513
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=633371710020709&set=a.323328057691744.83853.132244716800080&type=1&theater



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.