Ahad, 21 Julai 2013

Ahad, Julai 21, 2013
Ashraf Muslim Demam, Gagal Hadiri Program | Usaha pihak media untuk mendapat keterangan selebriti yang diburu dek kisah perkahwinannya kali kedua gagal apabila Ashraf Muslim tidak hadir di sebuah program ilmiah yang menampilkan dia sebagai ahli panel.

Ashraf Muslim Demam, Gagal Hadiri Program

Program 'Bicara Cinta Anak Muda, Bersihkan Hati Sucikan Jiwa', sebuah program bual bicara yang sepatutnya menampilkan Ashraf Muslim dan Sham Kamikaze sebagai ahli panel bersama manakala Ustaz Iqbal Al Ensuri pula menjadi moderatornya.

Program yang dianjukan oleh Majalah -I dan ditaja oleh Bank Muamalat telah diacarakan oleh DJ Lin dari Suria FM disiarkan diperkarangan Medan Mara Kuala Lumpur.

Setelah kelibat Ashraf Muslim tidak kelihatan di atas pentas sebagai panel, wakil mrdia cuba dapatkan komen daripada salah seorang wakil penganjur yang juga rakan kongsi Ashraf Muslim untuk produk Solat Perfume yang turut dijual di perkarangan lokasi tersebut.

"Saya dihubungi Ashraf pada pagi ini dan dia memohon maaf kerana tidak dapat hadir kerana masih demam dan badannya masih lemah. Masa dia telefon dia sedang berada di klinik mendapat rawatan. Lagipun dengan situasi sekarang dia belum bersedia untuk berdepan dengan umum kerana bimbang kesihatannya akan menjadi lebih teruk.

"Rencana menjemput Ashraf sebagai panel untuk acara ini telah lama diaturkan. Bukan kerana cerita-cerita mengenainya itu kami menjemputnya.

"Pada awal Ramadan lalu dia dan Noor Dayana ada ke sini dan berbuka puasa bersama selepas melawat booth Solat Perfume Ashraf Muslim di sini ada bertanyakan mengenai program bual bicara ini.

"Dia masih maklum mengenai hal ini cuma pada hari ini dia memang kurang sihat dan memohon maaf tidak dapat bersama-sama menjayakan program ini,"ujar Mohd Taqiyuddin salah seorang penganjur dan rakan kongsi Solat Perfume Ashraf Muslim mengenai perkara ini.

Artikel Menarik
sumber
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=15300&c=1&s=1


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.