Sabtu, 27 Julai 2013

Sabtu, Julai 27, 2013
1
Bayi Terbuang Jadi Hadiah Program TV | Perang antara stesen televisyen di Pakistan untuk mendapatkan rating tertinggi sepanjang Ramadan mencetuskan senario baru apabila penyampai paling kontroversi di negara itu memberikan bayi yang dibuang sebagai hadiah dalam rancangannya.

Bayi Terbuang Jadi Hadiah Program TV

Aamir Liaquat Hussain memberikan dua bayi kepada pasangan yang tidak mempunyai anak setakat ini sejak bulan puasa bermula.

Rancangannya yang mengenengahkan kebajikan, ketakwaan dan kesenian menjadi popular di kalangan penonton tetapi ia turut mencetuskan dakwaan bahawa dia menggunakan agama untuk mensensasikan rancangan itu.

Dalam satu episod yang disiarkan minggu lalu, Aamir Liaquat mengejutkan penonton dengan janji untuk memberikan bayi.

“Ini ialah bayi perempuan yang cantik dibuang dalam timbunan sampah oleh seseorang. Lihat betapa comelnya dia,” katanya menunjukkan bayi perempuan terbabit di depan kamera.

Dia kemudian memperkenalkan satu pasangan yang terkejut apabila diserahkan bayi itu oleh ketua sebuah badan kebajikan yang menyelamatkan bayi yang dibuang. Isteri pasangan berkenaan, sambil menitiskan air mata menyifatkan bayi itu sebagai “hadiah Ramadan” sebelum suaminya menjelaskan mengenai kekecewaan mereka kerana tidak mempunyai anak.

Konsep sama diulang untuk kali kedua minggu ini. Bayi berkenaan diserahkan Mohammad Ramzan Chhipa, yang mengendalikan Persatuan Kebajikan Chhipa.

“Kami sudah menyelamatkan ramai bayi yang dibuang, ditinggalkan di tong sampah atau tempat kotor yang lain.

“Sering kali kami menemui mayat bayi dan kami ingin berpesan kepada mereka yang tidak inginkan bayi, serahkan bayi anda kepada kami,” katanya.

Bagaimanapun Mohammad Ramzan enggan memberitahu bagaimana pasangan yang mendapat bayi itu dipilih, tetapi berkata, mereka adalah antara yang datang ke persatuan itu untuk mengambil anak angkat. - Agensi

Artikel Menarik
sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BayibuanganjadihadiahTV/Article
http://www.smh.com.au


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.