Rabu, 24 Julai 2013

Rabu, Julai 24, 2013
Farah AF Tepis Tuduhan Mencuri | Farah AF, 28, sebelum ini cukup sinonim sebagai hos terutama menerusi program Nasi Lemak Kopi O dan Rasa Halal Orient yang baru sahaja membuat penampilan semula menerusi drama Cinderella yang berjudul Sehati Sejiwa ini menganggap ianya suatu permulaan yang baik buat dirinya untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Farah AF Tepis Tuduhan Mencuri

Malangnya, ketika baru sahaja muncul kembali, Farah tidak semena-mena dikaitkan dengan gosip ‘panas’ apabila dia ditohmah sebagai individu yang terlibat dengan kes mencuri di set penggambaran sebuah program. Kes tersebut melibatkan banyak barang yang hilang seperti baju dan duit.

Farah didakwa tidak memulangkan semula baju yang dipakainya untuk mengacara dan dikatakan ada satu pihak yang cuba untuk menguji kejujuran Farah dengan meletakkan kertas-kertas yang dicetak saling tak ubah seperti wang kertas ke dalam poket baju yang dipinjamkan kepadanya.

Apabila baju itu dipulangkan, kertas yang konon-kononnya duit itu hilang begitu sahaja.

Wartawan Kosmo yang berkesempatan menemui Farah pada sesi rakaman suara di Studio Camwood, Damansara Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai gosip tersebut.

Namun, penjelasan yang diberikan oleh pemilik nama sebenar Farah Diana Anuar itu ternyata berbeza dengan gosip yang diuar-uarkan selama ini. Siapa yang betul dan siapa yang salah sebenarnya?

Menurut Farah, "sebenarnya, kejadian tersebut berlaku pada hari ketiga Ramadan. Tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah lakukan perbuatan terkutuk sebegitu pada bulan Ramadan ini. Ceritanya macam ini, setelah selesai mengacara, saya ke bilik persalinan untuk menukar baju dan di situ terdapat banyak baju."

"Ketika saya nak pakai tudung, saya ternampak duit yang sudah terkeluar dari satu poket baju. Saya tak tahu mengapa saya terlalu baik hati untuk mengambil dan berniat untuk memulangkan semula duit tersebut kepada pihak yang sepatutnya."

"Kebetulan, ayah saya merupakan bekas pengawal keselamatan di TV3. Jadi, saya fikir untuk menyerahkan duit tersebut kepada ayah saya. Ini kerana ayah saya kenal dengan ramai pengawal di situ dan tahu ke mana duit itu sepatutnya dibawa."

Farah AF Tepis Tuduhan Mencuri

Ditanya mengenai tindakan Farah untuk memperbetulkan keadaan pada ketika itu, kata Farah AF lagi,

"Sejujurnya, saya langsung tidak diberi langsung peluang untuk memperbetulkan keadaan tetapi saya dicerca dengan pelbagai tohmahan sehingga saya digelar pencuri, penjenayah dan pendatang. Tiada seorang pun yang bersama dengan (menyokong) saya. Saya cuba untuk hubungi ayah dan suami saya, namun telefon saya habis bateri ketika itu. Jika saya berkata yang benar pun, tidak akan ada yang percaya. Saya hampir pengsan apabila semua orang menyalahkan saya.

Ketika ditanya mengenai isu ini bukan isu yang kali pertama mengatakan Farah sebagai seorang yang panjang tangan, tetapi sebelum ini sudah ada kes yang mengatakan Farah juga sebenarnya mencuri iaitu sengaja tidak memulangkan semula busana yang dipakai semasa mengacara.

Kata Farah,"Sepanjang karier saya, tidak pernah terjadi perkara sebegitu. Semua baju yang saya pakai, saya pulangkan semula. Jadi mana isu yang mengatakan saya tidak pulangkan semula baju tersebut. Selama saya bekerja sebagai duta Power Root dan pengacara, tidak pernah sesekali timbul isu ini, dan jika benar saya lakukannya, sudah lama saya diberhentikan atas tindakan tersebut.

Menurut Farah lagi, "Isu duit tersebut sudah selesai. Tuan empunya duit tersebut sangat bersahaja. Hanya orang di sekeliling yang melebih-lebih.

"Sebenarnya, kita tidak boleh lari daripada ketidakpuasan hati orang lain. Saya amat terkilan apabila saya dituduh atas perkara yang saya tidak lakukan itu. Ini merupakan sesuatu yang dirancang untuk menjatuhkan saya!"

"Sememangnya ini merupakan satu dugaan pada bulan puasa, dan saya reda dengan segala yang terjadi. Saya serik untuk lakukan kebaikan, apabila apa yang kita buat telah disalahertikan. Sepatutnya, pada bulan baik ini, buatlah benda yang baik dan jangan hanya menuduh benda yang tidak berasas kerana saya mahu berada lama dalam dunia seni ini."

Artikel Menarik
sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2Zw3kNoni



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.