Selasa, 23 Julai 2013

Selasa, Julai 23, 2013
Farid Kamil Diam Diri, David Teo Bingung | Nampaknya hasrat penerbit syarikat Metrowealth (MIG) , David Teo untuk melawat anak kepada aktor Malaysia yang di bawah naungan syarikatnya, iaitu Farid Kamil yang berada di Sydney, Australia terpaksa dibatalkan setelah Farid Kamil bersikap berdiam diri.

Farid Kamil Diam Diri, David Teo Bingung

Malah, sehingga kini, menurut David Teo lagi, dia sendiri tidak tahu apa status atau keadaan Farid Kamil di sana kerana pihak mereka sendiri tidak tahu sama ada pelakon tinggi lampai itu akan terus menetap di sana atau akan pulang.

"Farid pada saya seorang pelakon yang sangat misteri dengan kisah-kisah peribadinya. Sehinggakan kami iaitu pihak yang lebih dekat dengannya sendiri pun banyak yang tidak tahu apa-apa cerita mengenainya. Kami hanya tahu, selepas ada pihak media melaporkannya.

"Sejak dulu hingga kini, dia memang seorang pelakon yang penuh dengan cerita-cerita yang memberikan kami kejutan. Tetapi kami terima kerana kami percaya mungkin dia ada sebab dan matlamat tertentu untuk berbuat demikian.

"Malah, baru-baru ini jika diikut perancangan awal, saya ada berniat untuk melawat anaknya yang baru lahir di Sydney, Australia tetapi kami sendiri tidak dapat pastikan di mana Farid berada. Tapi rasanya dia berada di Sydney untuk menemani isterinya yang sedang berpantang.

"Tapi, terus-terang saya katakan, sehingga kini kami sendiri tidak tahu bila dia akan pulang ke Malaysia dan sampai bila dia mahu menetap di Australia. Mungkin juga tak balik," ujar David Teo dengan nada seloroh.

David Teo ditemui selepas majlis Iftar MIG 2013 di Restoran Shogun, Sunway Pyramid baru-baru ini. Majlis berbuka puasa itu diadakan bertujuan untuk meraikan semua media online, cetak dan dan eletronik yang selama ini menyokongnya.

Selain pihak media, majlis tersebut turut dihadiri oleh pelakon-pelakon MIG lama dan baru seperti, Diana Amir, Bobo (bakat Youtube), Azwan Kombos, Epy Raja Lawak, Zalif Sidek, Shima Anuar dan ramai lagi.

Dalam pada itu, David Teo memberitahu sepanjang bulan Ramadan ini, dia akan memperbanyakkan program amal untuk mengunjungi ke rumah anak-anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya, selain memberhentikan segala operasi penggambaran selama sebulan.

"Setiap tahun, kami memang akan mengadakan pelbagai program amal dan memperbanyakan sumbangan untuk anak-anak yatim, ibu tunggal serta orang kurang upaya. Tahun ini, kami dan artis-artis pergi sendiri mengunjungi rumah mereka untuk menghulurkan sumbangan.

"Selain itu, bagi menghormati bulan Ramadan dan tidak mahu menggangu krew dan pelakon kami yang beragama Islam, saya telah mengarahkan semua operasi penggambaran diberhentikan selama sebulan dan hanya kerja-kerja pejabat seperti editing sahaja dijalankan," katanya lagi.

Mengenai perkembangan terbaru MIG, Adnan Sempit 3a rahan Ismail Bob Hashim bakal menemui penonton di pawagam pada hari raya pertama iaitu 8 Ogos ini. Pun begitu, David Teo memberitahu Adnan Sempit 4 tidak lama lagi akan memulakan penggambaran dijangka selepas raya dan menariknya 70 peratus penggambarannya akan dijalankan di Bangkok Thailand.

Artikel Menarik
sumber
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=15305&c=1&s=1


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.