Isnin, 1 Julai 2013

Isnin, Julai 01, 2013
Gaji RM5,000 Ke Bawah Bakal Nikmati BR1M 3.0 | Kerajaan di beritakan sedang mengkaji cadangan untuk menaikkan syarat kelayakkan pendapatan isi rumah bagi permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sessi 3.0 untuk tahun hadapan.

Gaji RM5,000 Ke Bawah Bakal Nikmati BR1M 3.0

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, kementeriannya sedang meneliti pelbagai cadangan yang diterima semasa konsultasi Bajet 2014 termasuk untuk menaikkan had pendapatan isi rumah bagi meluaskan penerima bantuan berkenaan.

"Cadangan untuk naikkan syarat pendapatan itu sedang diteliti oleh Kementerian Kewangan, tapi kita belum lagi buat keputusan mengenai perkara ini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang menaikkan jumlah syarat tersebut.

Menurut Nawawi, kenaikkan syarat pendapatan isi rumah daripada RM3,000 sebulan perlu dinaikkan sehingga RM5,000 bagi memastikan lebih ramai rakyat menikmati faedah itu.

Jumlah penerima BR1M 2.0 yang diagihkan pada Februari lalu meningkat hampir sekali ganda berbanding tahun lepas.

Pada 2012 hanya 245,000 orang terima BR1M dan melibatkan perbelanjaan RM122.4 juta. Bagi 2013, tujuh juta isi rumah dan individu bujang memperoleh BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion.

Pemberian BR1M 2.0 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013.

Artikel Menarik
sumber
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/1/mstar_berita/20130701115839&sec=mstar_berita


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.