Sabtu, 6 Julai 2013

Sabtu, Julai 06, 2013
Hazama Mengaku Tak Minta Izin Amy Search | Hazama, Juara Akademi Fantasia ke 9, mengaku beliau  tidak meminta keizinan daripada  Amy Search untuk mengajuk suara lagenda rock tempatan berkenaan membuat persembahan di Wisma Bently Music, Damansara malam tadi.

Hazama Mengaku Tak Minta Izin Amy Search

Hazaman baru saja melancarkan album sulungnya berjudul Penglipur Lara sejak 26 Jun lalu telah mengajuk suara serta gaya persembahan Amy Search menerusi lagu duet mereka berdua berjudul Simetri di hadapan hampir 300 penonton sempena pelancaran albumnya itu.

Anak kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, dia tidak perlu meminta keizinan daripada Amy Search untuk mempersembahkan lagu duet berkenaan kerana niatnya hanyalah untuk menghiburkan peminat yang hadir sempena pelancaran albumnya itu malam tadi.

"Rasanya tidak perlu saya meminta izin sesiapa kerana apa yang saya lakukan di dalam persembahan saya itu bukanlah ingin memperbodohkan atau memalukan sesiapa.

"Saya hanya meniru gaya nyanyian dan persembahan Amy Search itu saja. Lagipun saya langsung tidak menggunakan bahasa kesat untuk menjatuhkan maruah mereka," katanya yang turut mengajuk suara Ramli Sarip pada malam berkenaan.

Artikel Menarik
sumber
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=15179&c=1&s=1


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.