Rabu, 3 Julai 2013

Rabu, Julai 03, 2013
Kadar Zakat 2013 Negeri Selangor Kekal RM 7| Kadar bayaran zakat fitrah untuk umat Islam di Selangor pada tahun 2013 akan kekal sebanyak RM7, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Kadar Zakat Negeri Selangor Kekal

Menurut Datuk Mohamad Adzib lagi, }Penetapan kadar itu dilakukan selepas mengambil kira harga semasa beras. Untuk amil pula, seramai 2,600 ketua dan penolong amil dilantik bagi memungut zakat fitrah pada bulan Ramadan ini,"

"Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat fitrah pada tahun ini RM19 juta daripada 2.7 juta umat Islam yang berada di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau bayaran boleh dibuat kepada amil di masjid dan surau, selain di 24 kaunter LZS yang ditempatkan di kompleks beli-belah. - Bernama

 Artikel Berkait


Artikel Menarik
Sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0702&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_29.htm#ixzz2XuMmlDS1



0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.