Rabu, 24 Julai 2013

Rabu, Julai 24, 2013
Kecoh, Pergaduhan Pemain Badminton Thailand di Kanada | Sangat sukar kita mendengar pemain atau penyokong badminton bergaduh dan mungkin badminton kita boleh anggap sebagai sukan yang sukar untuk tercetusnya pergaduhan.

Kecoh, Pergaduhan Pemain Badminton Thailand di Kanada

Bagaimanapun, sebaliknya pula yang terjadi di Kejohanan Badminton Terbuka Kanada 2013 pada Ahad lepas.

Dua bekas pemain skuad Olimpik Thailand terlibat dalam satu pergaduhan ketika perlawanan akhir beregu lelaki di kejohanan itu yang diadakan di Vancouver, Kanada.

Kejadian tersebut menjadi antara video menerima hits tertinggi di laman YouTube, pemain Thailand Bodin Issara mulanya dilihat bertekak dan Issara kelihatan tidak berpuas hati dilihat mengejar bekas rakan beregunya Maneepong Jongjit sekeliling dewan kejohanan.

Menurut laporan, kejadian itu kini disiasat oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Issara kemudian pantas ditenangkan oleh Jurulatih dan pegawai kejohanan manakala pasangan beregunya Pakkawat Vilailak membawa Jongjit yang sudah tidak berbaju jauh dari gelanggang.

Issara yang menerima dua jahitan akibat kejadian itu berkata Jongjit sebelum itu mula memukulnya dengan raket.

Bagaimanapun, kedua-dua pemain ketika perlawanan sudah diberikan amaran keras oleh pengadil kerana saling mengeluarkan kata-kata kesat antara satu sama lain.

Jongjit dan pasangannya Nipitphon Puangpuapech juga dari Thailand diberikan kemenangan percuma selepas Issara diberikan Kad Hitam oleh pengadil.

BWF dalam satu kenyataan berkata kejadian itu akan disiasat oleh badan induk sukan itu mengikut prosedur yang ditetapkan untuk mengatasi kejadian kontroversi seperti ini dan kes itu akan disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin.

Jongjit dan Issara ketika berpasangan berada pada rangking kelapan dunia dan mereka telah berjaya layak ke peringkat Suku Akhir Sukan Olimpik 2012 di London.

Pasangan itu berpecah Januari lalu dan kemudian Issara mengumumkan persaraanya dalam dunia badminton sebelum kembali bertanding dengan pasangan beregu yang lain.


Artikel Menarik
sumber
http://mynewshub.my/?p=179087


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.