Selasa, 30 Julai 2013

Selasa, Julai 30, 2013
11
Mengejutkan!! Adik Nawal Memang Sering Di Tinggal Dalam Kereta | Siasatan kes kematian adik Nawal Iris Samsudin, tiga tahun yang meninggal dunia setelah ditinggalkan bersendirian di dalam kereta baru-baru ini membawa kepada penemuan yang mengejutkan.

Mengejutkan!! Adik Nawal Memang Sering Di Tinggal Dalam Kereta

Akhbar Malay Mail mendedahkan adik Nawal Iris sering ditinggalkan di dalam Perodua Myvi milik ibunya yang ditempatkan bertentangan dengan bangunan utama sekolah selama berjam-jam lamanya hingga ibunya selesai bermesyuarat atau mengajar.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli yang mengesahkan dakwaan tersebut berkata,  kenyataan-kenyataan yang diambil dari guru-guru SMK USJ4 menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut sering dibawa ke sekolah dan dibiarkan bermain di kawasan sekolah secara berseorangan.

Yahaya menambah, guru dan staf di sekolah tersebut sering mendapati bahawa kanak-kanak tersebut ditinggalkan dalam kereta dengan cermin yang diturunkan, berlegar-legar di kawasan tempat letak kereta atau duduk bersendirian di bangku. Pihak polis telah mengambil kenyataan ibu bapa Nawal Isnin lalu.

‘Penemuan’ ini didapati bercanggah dengan komen yang diberikan oleh pihak pengawal keselamatan sekolah pada minggu lalu di mana mereka menyatakan bahawa mereka tidak pernah melihat kanak-kanak tersebut.

Kertas siasatan bagi kes itu kini dalam poses untuk dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Pada 18 Julai lalu, Nawal meninggal dunia selepas ditinggalkan di dalam kereta dari jam 11 pagi hingga 5.30 petang. Nawal meninggal dunia di klinik berdekatan dan bedah siasat mengesahkan ia berpunca dari strok haba.

Artikel Menarik
sumber
http://mynewshub.my/?p=180842


11 comments:

  1. Kalau betul lah dakwaan ini, nampaknya ibu boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Bukan nak menambah kesedihan, tapi sebagai peringatan kepada ibu bapa lain yang sering melakukan kesalahan serupa. Rasanya cikgu-cikgu yg jadi informer kat sekolah tu pun dah perasan lama tindakan ibu tu barangkali. kenapalah ibunya tak hantar je anak dia tu kat pengasuh.

    BalasPadam
  2. Cuai lebih pentingkan pekerjaan dpd keselamatan anak. Bila sudah berlaku tragedi yg tidak diigini begini menyesal sudah tidak berguna lagi.Bagi ibubapa lain jadikan lah ini sebagai satu ikhtibar

    BalasPadam
  3. Ei geramnye dgn ibu dia bl bc info trkini ni.ni msti ibu dia yg nk save bjet,kedekut gila nk byq pengasuh or nursery ni.3 thn bl tinggai biaq merata lagu tu.gila kot ibu dia ni.ank2 sy yg 12 n 9 thn pun,sy hntq nursery coz sy takut nk tinggakan dpa kt rmh lepas sekolah n tnggu sy hbis keja kol 5.biarla upah mengasuh 4 org ank dr 4-12 thn rm1k lebih sebulan.asalkan dpa selamat n sy tenang bekerja.kalau sy jmpa ibu nawal ni,mau saya tampaq dia dlu sblm ucap takziah kt dia.geram coz bengong sgt2.x layak jd cikgu la dia.wat malu kaum cikgu n ibu je.

    BalasPadam
  4. Ya Allah, kalau rasa tak nak jaga anak tu, meh bagi kat saya. Ada ramai lagi yang menginginkan Anak, tapi belum punya rezeki. W.pun sy belum berkahwin, tapi.. sedih bila sikap sambil lewa si ibu menyebabkan kematian anaknya. Semoga ini dijadikan sebagai satu pengajaran. Rasanya si ibu perlu 'di sekolahkan' terlebih dahulu sebelum dia mengajar anak-anak muridnya.

    BalasPadam
  5. Kalau sebelum ni biasa tinggalkan anak dalam kereta tapi tingkap berbuka, mungkin hari tu si ibu terlupa nak buka tingkap,

    itu yang terbiar sampai 5 jam,mungkin ibu fikir anak tidur dalam kereta tak mengapa tinggalkan macam biasa....segalanya MUNGKIN,

    jika memang tinggal secara sengaja, itu memang satu kecuaian, jika terlupa buka tingkap itu kecuaian ke dua...jika memang terlupa anak ada dalam kereta, itu memang tak sengaja...Wallah Hualam.

    BalasPadam
  6. saya paling tak suke klu bab menunggu. walaupun tak sampai setengah jam.. boring, fed up dibuatnye.. Ape lagi budak seusia tu dibiarkan 5 jam. Boleh byangkan tak macamane azab nye. panas terik.. YA ALLLAH...

    BalasPadam
  7. ape nak disesalkan lagi..dah berapa lama adik tu tersekasa sebelum2 ni...ditinggal dalam kereta berjam2..dah biasa tinggalkan anak mcm tu last2 allah tunjukkan kpd kita untuk diambil iktibar..jangan mengabaikan anak2.

    BalasPadam
  8. Ibu yg pentingkan kerjaya, sepatutnya dapatlah pingat AHLI MANGKU NEGARA (AMN)dengan nilaian nyawa anaknya itu. Bagi pandangan aku pula ini menunjukkan sekolah ini mempunyai kebajikan terhadap anak buahnya begitu tinggi. Ambil tahu permasalah anak buahnya, sampai seluruh dunia dapat melihatnya. kan kan kan

    BalasPadam
  9. sedihnye baca kalo betul yg dinyatakan kat atas, mungkin adik nawal lebih tenang di sana

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.