Rabu, 24 Julai 2013

Rabu, Julai 24, 2013
Murid Sekolah Bukan Muslim Makan Di Tandas? Nampaknya kontroversi di Facebook "Murid Sekolah Bukan Muslim Makan Di Tandas" tersebar semakin luas. Isu ini melibatkan Sekolah Kebangsaan Seri Pristana di Sungai Buloh yang didakwa “memaksa” murid bukan Islam untuk makan di tandas ketika masa rehat sebagai menghormati bulan Ramadan.

Murid Sekolah Bukan Muslim Makan Di Tandas?

Salah faham bermula bila seorang ibu kepada seorang murid di sekolah itu, Gunesweri Kelly memuatnaik gambar berkenaan di Facebook menunjukkan beberapa orang murid sedang makan di sebuah bilik yang kelihatan seperti tandas dan ia rupanya sebuah bilik persalinan.


Gunesweri berkata beliau sedih kerana biarpun ia sebuah bilik persalinan, ia tetap berbau kerana bilik itu terletak bersebelahan tandas.


“Sebagai ibu, saya sebak dan sedih, saya perlu membantu anak saya daripada terseksa dalam bilik itu pada waku rehat,” katanya.

Tampil mengulas lanjut isu kontroversi itu blogger yang juga seorang wartawan Mazidul Akmal menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.

Dalam entry terbarunya di www.mazidulakmal.com, beliau mendakwa menerima penjelasan daripada pihak bertanggungjawab iaitu pengurusan sekolah berkenaan tentang perkara sebenar yang berlaku.

"Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN yang telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta beberapa sinki untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka,” menurut sumber berkenaan.

"Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera," jawabnya.

Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin segera memberi maklumbalas isu itu melalui laman Facebooknya dan berjanji akan melakukan siasatan status sebenar kejadian ini.


” Saya telah mengarahkan KPPM utk siasat isu pelajar bukan Islam yang disuruh makan di dalam tandas. Tindakan tegas akan diambil jika ada asas,” katanya.

Selain Muhyiddin, Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan berkata, pihak kementerian akan melihat perkara ini secara serius dan akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan ia tidak berulang.

Seorang pengguna FB dengan nama Zarifah Munirah yang mendakwa pelajar sekolah berkenaan tampil menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.


Menurut Zafirah, disebabkan kantin terlalu padat, bilik persalinan itu telah lama dibuka untuk mengelakkan pelajar makan di tepi jalan atau duduk di lantai.

Di luar Ramadan, ia digunakan oleh pelajar Islam dan bukan Islam secara bersama-sama.

Bagi Ramadan ini pula kata pelajar terbabit, memandangkan kantin ditutup untuk kerja-kerja penambah baikkan, maka bilik berkenaan terus dibuka agar digunakan pelajar-pelajar bukan Islam dan juga pelajar Islam yang tidak dapat berpuasa.

Menurutnya, ia adalah bilik persalinan dan bukannya tandas. Malah tidak ada sesiapa yang mandi atau membuang air di bilik itu.

Nampaknya, niat baik dan murni pengetua serta pentadbiran sekolah telah disalah ertikan kumpulan manusia yang mempunyai agenda lain.


Artikel Menarik
sumber
http://mynewshub.my/?p=179082
http://www.mazidulakmal.com/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.