Jumaat, 5 Julai 2013

Jumaat, Julai 05, 2013
Nas-T Anggap Perpisahan Dengan Nabila Satu Pengajaran Dalam Cinta | Setelah sedaya upaya cuba menyelamatkan hubungan cinta, pasangan selebriti Nas-T dan Nabila Huda akhirnya terpaksa akur dengan perpisahan.

Nas-T Anggap Perpisahan Dengan Nabila Satu Pengajaran Dalam Cinta

Dalam pada itu, Nas-T enggan menyalahkan mana-mana pihak, Menurut beliau lagi, ikatan persahabatan mereka masih lagi utuh walau pun hubungan cinta mereka tidak berjaya.

"Kami masih seperti dahulu, masih lagi berkawan. Cuma kini masing-masing sibuk dengan kerjaya membuatkan kami jarang keluar bersama," ujar Nas-T.

Tegas Nas-T, perpisahan tersebut telah mengajarnya supaya lebih berhati-hati ketika menjalinkan hubungan cinta kelak.

Bahkan dia tidak mahu terburu-buru dalam percintaan, sebaliknya lebih selesa untuk berkawan dan mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu. Pun begitu, ia tidak bermakna dia sudah serik untuk bercinta dengan golongan selebriti.

Enggan menoleh ke belakang lagi, tumpuan Nas-T kini adalah terhadap karier seninya. Akui semakin sibuk dengan penggambaran, Nas-T berkata, ia bukanlah masa untuknya bersedih atau memikirkan lagi perkara tersebut.

"Perkara lepas biarlah berlalu, usah dikenang lagi. Life must go on," katanya.

Menerusi perkembangan terkininya, Nas-T baru sahaja selesai penggambaran telemovie berjudul Kemelut Rindu yang akan disiarkan Aidilfitri nanti.

Artikel Menarik
sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/nas-t-bukan-masa-bersedih-1.179148


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.