Isnin, 22 Julai 2013

Isnin, Julai 22, 2013
Pasangan Merempat Lari Tinggalkan Keluarga Angkat | Kisah pasangan muda yang hidup merempat dan tidur di bawah jambatan rupanya mempunyai kisah disebaliknya. Terkini, pasangan tersebut dilaporkan telah lari meninggalkan keluarga angkat mereka.

Pasangan Merempat Lari Tinggalkan Keluarga Angkat

 “Kami tolong dengan ikhlas kerana mahu mereka bina hidup baru yang lebih baik, tetapi mereka sendiri tak tahu menghargai, malah sanggup lari dari rumah ketika kami keluar berniaga,” kata Nurulhuda Zainuddin, 44.

Peniaga itu dan suaminya Husin Mohamad, 41, kecewa apabila pasangan gelandangan Zaki, 29, dan Maya, 23, yang dibantu Khamis lalu, tiba-tiba melarikan diri dari rumah mereka di pinggir ibu kota, kelmarin tanpa pesanan.


Zaki dan Maya yang dianggap seperti anak sendiri dibawa menetap serta ditawar pekerjaan dengan gaji RM600, berikutan tidak mahu pasangan itu kembali menghuni bawah jejambat di tepi Sungai Klang.

Nurulhuda berkata, naluri keibuan yang tebal dalam dirinya turut simpati kepada bayi lelaki Maya yang dilahirkan Isnin lalu, justeru, mahu pasangan itu menjalani kehidupan berkeluarga seperti masyarakat lain.

“Sejak hari pertama kami sudah berniat mahu menolong sehingga kedua-duanya mampu berdikari.

“Jadi, apabila mereka buat begini, saya jadi sangat kecewa dan tertanya-tanya, kenapa mesti mereka melarikan diri begitu saja? Apa yang berlaku sebenarnya?” katanya.

Menurut beliau, Zaki sepatutnya mengikutnya dan suami berniaga di Jalan Raja Bot di sini namun tidak berbuat demikian atas alasan penat menguruskan anak.

“Saya tak kisah dan beri peluang dia berehat, tetapi pada tengah hari dia memberitahu ada pemberita mahu datang ke rumah untuk temu bual, selain rakan gelandangannya mahu melawat.

“Mendengar itu saya jadi bimbang dan kata jangan benarkan sesiapa masuk ke rumah sehingga saya dan suami pulang kerana kami berjanji berbuka bersama di satu majlis berbuka puasa anjuran persatuan yang kami suami isteri sertai.

“Tapi pada saat akhir Zaki memberitahu tidak dapat berbuka bersama dan saya yang tidak sedap hati menelefon jiran untuk tengokkan mereka di rumah. Saya tahu dia cuba tipu saya,” katanya.

Menurutnya, ketika itulah mereka diberitahu Zaki dan Maya meninggalkan rumah dengan membiarkan pintu tidak berkunci selain membawa semua keperluan mereka. “Sepanjang malam saya cuba hubungi mereka tapi talian tutup dan adakalanya tidak berjawab. Saya tertanya-tanya kenapa mereka mesti bertindak begitu,” katanya.

Dia juga teringat perbualan dengan pasangan itu pada Jumaat lalu yang menimbulkan banyak keraguan termasuk berhubung perkahwinan mereka di Selatan Thailand.

Menurutnya lagi, dia dan suami mengesyaki pasangan itu belum berkahwin berdasarkan cara mereka menjawab pertanyaan dan penipuan mereka juga jelas terpancar di wajah.

“Maya juga memburuk-burukkan keluarganya yang pada pandangan saya tidak seperti apa yang digambarkan. Saya ada bertemu sebahagian keluarganya ketika mengambil mereka di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jadi saya tahu dia tak bercakap benar,” katanya.

Menurutnya, dia tidak berniat menghukum pasangan itu, sebaliknya mahu mereka bertemunya, bercakap jujur dan hentikan semua penipuan menarik perhatian masyarakat. Katanya lagi, dia akan membuat laporan polis untuk mengelak timbul masalah kemudian. hari.

Artikel Menarik
sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pasangangelandangansudahcabutlari/Article/index_html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.