Sabtu, 27 Julai 2013

Sabtu, Julai 27, 2013
1
Video Budak Memotong Ular Selar | Seorang budak dinegara jiran dengan selamba memegang ular jenis berbisa, tedung selar di percayai di sebuah kedai/rumah memproses ular untuk dijadikan makanan di negara jiran lalu memotong kepala ular tersebut menggunakan kapak. Kejadian dipercayai berlaku di negara Thailand.

Video Budak Memotong Ular Selar

Turut dilihat ialah badan ular yang masih bergerak-gerak walaupun ianya telah dibuang kulit. Erk...macam-macam makanan manusia...

Sedikit info mengenai ular tedung selar. Ular Tedung Selar (Ophiophagus hannah), adalah ular berbisa dalam keluarga Elapidae. Ia merupakan ahli tunggal genus Ophiophagus.

Ular Tedung Selar adalah ular berbisa terbesar di dunia. Ia mampu mencapai panjang sehingga 5.58 meter (18.3 kaki.), walaupun saiz biasa adalah sekitar 2.5 meter (8 kaki.) serta mampu mencapai berat sehingga 10 kilogram (22 paun). Ular Tedung Selar mempunyai warna kulit hitam, kehijauan atau coklat, disertai dengan garis bewarna putih atau kuning.

Bisa ular tedung selar mempunyai dua fungsi yang utama iaitu melumpuhkan atau membunuh mangsa dan bertindak sebagai ejen penghadaman.

Antara tanda-tanda keracunan bisa ular jenis tedung ialah kesakitan pada tempat gigitan dalam masa setengah jam, bahagian bekas gigitan membengkak (selepas satu jam digigit), lemah badan, pengeluaran air liur yang berlebihan dan mengantuk.

Mangsa patukan ular akan lumpuh pada otot-otot muka, bibir, lidah dan saluran pernafasan mengalami tekanan darah menurun, mata kuyu (ptosis), pandangan menjadi kabur, sawan (konvulsi) dan badan berpeluh.

Video Budak Memotong Ular Selar




Artikel Menarik


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.